Kerani Pembelian

1 week ago


Kuala Lumpur, Malaysia Rizal Trophy Sdn Bhd Full time

**Rizal Trophy Sdn. Bhd.** merupakan sebuah syarikat yang dinamik dan berkembang pesat dalam industri medal dan trofi. Kami sedang mencari individu yang berdisiplin, berdedikasi, dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami sebagai **Admin Penerimaan**. Sekiranya anda mempunyai kemahiran organisasi yang baik serta minat dalam operasi logistik, ini adalah peluang yang sesuai untuk anda.

**Lokasi**: Pudu

**Waktu Kerja**:

- Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi - 6.15 petang
- Sabtu: 9.00 pagi - 3.00 petang (Cuti pada sabtu 1 hari)

**Deskripsi Tugas**:

- Menerima penghantaran dari pembekal dan memastikan kesesuaian dengan pesanan yang dibuat, termasuk pemeriksaan jumlah, kualiti, dan keadaan barang.
- Merekodkan penerimaan barang ke dalam sistem inventori dan menguruskan penyimpanan barang-barang yang diterima dengan teratur.
- Menyimpan rekod yang lengkap dan kemas untuk tujuan rujukan dan audit.
- Berkomunikasi dengan pembekal mengenai isu-isu penghantaran, pemulangan barang rosak, pertukaran, atau masalah lain yang berkaitan melalui e-mel dan WhatsApp.
- Memproses pemulangan barang yang rosak, tidak tepat, atau tidak sesuai, dan mengatur pertukaran atau ganti rugi mengikut polisi syarikat atau perjanjian dengan pembekal.
- Menyediakan laporan penerimaan barang termasuk jumlah barang yang diterima, kadar pemulangan, dan isu-isu kualiti yang relevan.
- Bekerjasama dengan jabatan lain, terutamanya pengurusan inventori, untuk memastikan kelancaran operasi penerimaan dan penyimpanan barang.
- Memastikan prosedur keselamatan dan peraturan industri dipatuhi sepanjang proses penerimaan dan penyimpanan, serta mengawal akses dan penggunaan ruang penerimaan.

**Kelayakan**:

- Kemampuan untuk bekerja dengan teliti dan cermat dalam memeriksa barang yang diterima.
- Kemahiran organisasi yang tinggi dan keupayaan untuk menguruskan inventori dengan cekap.
- Kemahiran komunikasi yang baik dan kemampuan untuk bekerja dalam pasukan.
- Pengalaman dalam bidang penerimaan atau logistik adalah satu kelebihan.
- Kemahiran dalam penggunaan aplikasi komputer termasuk Microsoft Excel dan Word.

**Kriteria Diperlukan**:

- Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf.
- Tidak merokok atau menghisap vape.

**Faedah**:

- Latihan akan disediakan.
- Lawatan syarikat (company trip).
- Caruman KWSP dan PERKESO.
- Cuti Tahunan dan Cuti Umum.
- Cuti Sakit.
- Persekitaran kerja yang selamat dan selesa.

Kami mengalu-alukan individu yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai pasukan kami dalam memacu kejayaan syarikat.

Pay: RM2,100.00 - RM2,200.00 per month

**Benefits**:

- Health insurance
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Professional development

Schedule:

- Day shift

Ability to commute/relocate:

- Kuala Lumpur: Reliably commute or planning to relocate before starting work (preferred)

Application Question(s):

- Adakah anda merokok?
- Are you able to start immediately?
- Current basic salary?
- Expected salary?

**Location**:

- Kuala Lumpur (preferred)

Work Location: In person


  • Staf Operasi

    1 week ago


    Kuala Lumpur, Malaysia MUHAMMAD AMIRUL SHAFIQ BIN MOHAMAD NOOR Full time

    Jawatan Kosong di Rumz International .(Kami adalah Perniagaan Pengurusan Hartanah) - JAWATAN KOSONG - Staf Operasi (5 kekosongan) - Kerani Pejabat (3 kekosongan) **Apa yang kami tawarkan dan manfaat anda akan dapat**: - Gaji Lumayan (hingga RM3,500) - Peluang Kenaikan Pangkat - Caruman KWSP, Perkeso, SIP - Komisyen Jualan - Bonus Tahunan - Insentif...


  • Kuala Lumpur, Malaysia Hosnee Printing Sdn Bhd Full time

    **Responsibilities**: - Mahir dengan asas komputer (SQL, Microsoft Word, Excel). - Mengemaskini fail (jualan, pembelian supplier, rekod sumber manusia) - Menguruskan penyimpanan resit-resit perbelanjaan syarikat dengan kemas bagi tujuan akaun dan cukai. - Melaksanakan dan menyelaras pengambilan kakitangan dan proses pemilihan (temu duga). - Melaksanakan...


  • Kuala Lumpur, Malaysia Hosnee Printing Sdn Bhd Full time

    Mahir dengan asas komputer (SQL, Microsoft Word, Excel). - Mengemaskini fail (jualan, pembelian supplier, rekod sumber manusia) - Menguruskan penyimpanan resit-resit perbelanjaan syarikat dengan kemas bagi tujuan akaun dan cukai. - Melaksanakan dan menyelaras pengambilan kakitangan dan proses pemilihan (temu duga). - Melaksanakan tugas-tugas asas pejabat...