Pembangun Backend

3 days ago


Kuala Lumpur, Malaysia Ana Muslim Sdn Bhd Full time

**Pengenalan**

Ana Muslim 360 (AM360) ialah platform pendidikan digital interaktif untuk kanak-kanak dan ibu bapa, yang menawarkan kandungan seperti ebook, permainan dan pembelajaran kendiri secara langganan bulanan atau tahunan. Kandungan boleh diakses melalui laman web dan aplikasi mudah alih, dengan sistem yang membolehkan penjejakan kemajuan anak dan notifikasi kepada ibu bapa.

Kami sedang mencari seorang pembangun backend yang mahir dalam PHP dan Laravel untuk membina sistem utama yang berskala, stabil dan memberi pengalaman pengguna yang lancar. Jawatan ini akan merangkumi pembangunan awal, pelancaran dan fasa penyelenggaraan selepas pelancaran.

Skop Kerja:

- Membangunkan dan menyelenggara sistem backend menggunakan PHP (Laravel).
- Membina API yang selamat dan cekap untuk frontend web dan aplikasi mudah alih.
- Merancang dan melaksanakan sistem login serta pengurusan peranan pengguna (ibu bapa, anak, pentadbir).

Menyediakan ciri backend yang menyumbang kepada pengalaman pengguna yang baik, termasuk:

- Login pantas dan selamat.
- Akses kandungan berdasarkan status langganan.
- Penjejakan kemajuan anak.
- Notifikasi automatik kepada ibu bapa.
- Penyelarasan akaun merentas peranti.
- Mengintegrasikan sistem pembayaran (Stripe, Billplz, SenangPay).
- Mengurus penyimpanan fail digital di Firebase dan DigitalOcean.
- Melaksanakan ciri keselamatan dan privasi data.
- Bekerjasama rapat dengan pasukan frontend, mobile dan pengurusan produk.

Kemahiran yang diperlukan:

- Pengalaman kukuh dalam pembangunan backend menggunakan PHP dan Laravel.
- Mahir membina dan menyelenggara RESTful API.
- Berpengalaman dengan sistem login pelbagai peranan dan kawalan akses.
- Tahu mengendalikan integrasi pembayaran seperti Stripe dan gateway tempatan (FPX).
- Kemahiran dalam PostgreSQL atau MySQL termasuk reka bentuk skema dan optimasi prestasi.
- Pengalaman menggunakan Firebase, DigitalOcean Spaces atau storan awan lain.
- Biasa dengan sistem queue dan pemberitahuan automatik dalam Laravel.
- Peka terhadap amalan keselamatan sistem dan pengurusan data pengguna.

Kelebihan Tambahan:

- Pernah bangunkan sistem langganan (SaaS) atau platform pendidikan.
- Biasa bekerja dengan pasukan pembangunan aplikasi mudah alih (React Native).
- Tahu bina ciri realtime seperti WebSockets / Pusher.
- Biasa deploy menggunakan Laravel Forge, VPS atau platform cloud.
- Fokus kepada prestasi dan pengalaman pengguna (UX) dari sudut backend.

Cara Kerja:

- Boleh bekerja dari jarak jauh tertakluk kepada kesesuaian tugasan dan komunikasi.
- Boleh berkomunikasi secara jelas dengan frontend developer dan pasukan produk.
- Biasa dengan GitHub, Trello, Notion atau alat pengurusan projek lain.
- Menulis dokumentasi kod dan API yang kemas dan mudah difahami.
- Memberi input teknikal yang membina dalam sesi perancangan dan pembangunan produk.

Pay: RM2,000.00 - RM2,800.00 per month

Application Question(s):

- Do you have experience with Laravel?
- Please attached your portfolio link or send it through inbox.

Work Location: In person