Pengurus Kewangan
5 days ago
**KELAYAKAN**
- Sekurang-kurangnya mempunyai 5 tahun pengalaman dalam kewangan
- Sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam perakaunan
- Calon hendaklah berusia 30 tahun dan ke atas - Akauntan yang bertauliah (ACCA/CPA/CIMA) - Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint, sistem yang melibatkan perakaunan dan berkenaan
- Mempunyai pengalaman mengurus kakitangan syarikat dalam Unit Kewangan
**SKOP KERJA**
- Memastikan semua peraturan kewangan dan perakaunan dipatuhi dalam menjalankan kerja harian
- Melaporkan kepada Bendahari dan Anggota Lembaga berkaitan Pengurusan Perakaunan Operasi Kewangan
- Bertanggungjawab menyediakan pelaporan kewangan kepada Bendahari menyokong dan menasihati Bendahari mengenai semua hal kewangan, pengurusan risiko kewangan dan kawalan dalaman untuk memastikan kepatuhan terhadap standard dan prosedur yang sesuai berkaitan perakaunan/kewangan
- Menyediakan laporan antaranya menyediakan dan menyemak penyata penyesuaian bank.
- Mengkaji semua laporan kewangan bulanan yang disediakan oleh Pegawai/Penolong Kewangan sebelum diserahkan kepada JKK dan Anggota Lembaga. Ini termasuk kajian semula transaksi lejar umum, rekonsiliasi, rekod perbankkan dan maklumat kewangan yang berkaitan
- Memproses permohonan bayaran serta membuat semakan sebelum bayaran dibuat - Melaksanakan tugas akaun penerimaan dan lejar am
- Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan berdasarkan prinsip dan piawaian perakaunan dan juga bertanggungjawab memastikan kawalan prosedur perakaunan yang sesuai dilaksanakan
- Menyediakan laporan-laporan berkaitan dari semasa ke semasa
- Memastikan proses kewangan dibuat mengikut susunan yang ditetapkan
- Menyediakan belanjawan tahunan koperasi serta memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan
- Bekerjasama dengan jabatan lain bagi membantu serta menasihati anggaran belanjawan tahunan
- Semakan kedua bagi permohonan anggota serta dokumen untuk pembayaran.
- Membuat semakan pengiraan yang disediakan oleh Pegawai Kewangan.
- Berurusan dengan Juruaudit Dalaman dan Juruaudit Luar serta mengemukakan dokumen seperti yang diperlukan bagi tujuan audit.
- Menguruskan LHDN koperasi serta kakitangan.
- Memastikan maklumat yang diperlukan daripada Unit Kewangan diserahkan kepada Unit yang memerlukan. Contoh: Baucer gaji kakitangan bagi tujuan penyediaan penyata gaji oleh Unit Sumber Manusia.
- Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Pengurusan dari semasa ke semasa
**Job Types**: Full-time, Permanent
Pay: RM2,800.00 - RM3,000.00 per month
**Benefits**:
- Health insurance
- Maternity leave
Schedule:
- Fixed shift
Supplemental Pay:
- Overtime pay
- Yearly bonus
-
Pengurus Kewangan
5 days ago
Ampang, Malaysia KOPERASI PERKHIDMATAN PELAJARAN NASIONAL BERHAD Full time**Nama syarikat**: Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad **Lokasi syarikat** No. 9-1 & 9-2b Ukay Boulevard Jalan Lingkaran Tengah 2, Off, Jalan, Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor **Jawatan**: Pegawai Pemasaran Media Sosial **Pelantikan**: Tetap **KELAYAKAN** - Sekurang-kurangnya mempunyai 5 tahun pengalaman dalam kewangan -...