Penolong Jurutera
4 days ago
**Tugas dan Tanggungjawab**:
1.Melapor kepada Pengurus Penyelenggaraan & Pemantauan.
2.Berhubung dan menyelaras dengan perunding, agensi teknikal dan pihak berkuasa.
3.Mengawasi kemajuan tapak dan pematuhan kualiti mengikut reka bentuk dan spesifikasi.
4.Melakukan pemeriksaan harian ke atas perkara-perkara berkaitan penyelenggaraan Sivil di tapak serta kerja-kerja pembaikan di bahagian teknikal mengikut “Servis Level Agreement” yang ditetapkan.
5.Memantau dan memastikan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor di tapak mengikut kontrak yang telah ditetapkan.
6.Memantau dan melaporkan masalah yang berkaitan denagn Sivil di tapak dan hal-hal yang berkaitan peralatan Elektrikal kepada Pengurus pada kadar segera.
7.Memastikan kerja-kerja dijalankan mengikut spesifikasi teknikal, lukisan pelan, dan piawaian keselamatan dan standard kualiti.
8.Bertanggungjawab menyelia pelaksanaan projek pembinaan bangunan, jalan, saliran, struktur konkrit dan kerja-kerja awam lain.
9.Memastikan kerja-kerja dilaksanakan mengikut jadual dan bajet yang ditetapkan.
10. Memastikan pematuhan kepada peraturan PBT, CIDB, OSHA dan standard industri.
11. Mengambil tindakan terhadap pelanggaran keselamatan atau kegagalan teknikal.
12. Membantu dalam pengesahan tuntutan bayaran kemajuan kerja oleh kontraktor.
**13.**Bertanggujawab menyediakan jadual penyelenggaraan berkala.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain mengikut arahan dari semasa ke semasa.
**Syarat Umum**:
1.Warganegara Malaysia.
2.Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
3.Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mempunyai penyakit kronik.
4.Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan boleh berkomunikasi dengan baik.
5.Boleh bekerja di luar kawasan dan bersedia untuk tugasan lapangan.
**Syarat Jawatan**:
1.Mempunyai kelayakan taraf pendidikan sekurangnya Sijil atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam/Sivil atau setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan.
2.Mempunyai kemahiran teknikal dalam kerja-kerja penyeliaan projek, pembinaan, penyelenggaraan infrastruktur dan pengurusan tapak bina
3.Berpengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam bidang berkaitan.
4.Mempunyai kemahiran dalam penggunaan perisian AutoCAD, MS Project dan lain-lain aplikasi kejuruteraan.
5.Boleh bekerja di luar kawasan dan bersedia untuk tugasan lapangan.
6.Lulus temuduga dan kursus latihan dengan syarikat minyak
Pay: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month
Work Location: In person
Application Deadline: 08/18/2025