Pegawai Perniagaan

5 days ago


Sri Gading, Malaysia ZB GROUP OF COMPANIES Full time

**LOKASI: PARIT RAJA, JOHOR**
**KRITERIA**:

- Lelaki
- Berumur antara 25 - 40 tahun
- Minimum: Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (atau bidang berkaitan)
- Adalah kelebihan jika mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.
- Graduan baru digalakkan untuk memohon
- Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu (Kelas B dan D)
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
- Berperwatakan baik, jujur, dan berintegriti
- Bebas daripada sebarang rekod jenayah
- Boleh bekerja di luar kawasan (outstation)

**DESKRIPSI KERJA**:

- Mencari dan menghubungi pelanggan berpotensi serta meneroka peluang perniagaan baharu.
- Menyediakan dokumen sebut harga untuk bakal pelanggan.
- Menjalankan pemasaran langsung (Direct Marketing) dan membuat tindakan susulan terhadap
- Mengiklankan servis yang disediakan kepada bakal pelanggan.
- Menjalankan usaha perniagaan baharu selaras dengan strategi dan operasi syarikat dengan menilai risiko serta keperluan dan matlamat rakan perniagaan.
- Mengesan atau mencadangkan peluang perniagaan dengan menghubungi bakal rakan niaga.
- Membangunkan hubungan yang kukuh dengan industry profesional, pesaing, pembekal, dan pihak berkaitan.
- Menyelesaikan perjanjian perniagaan baharu dengan menyelaras keperluan, membangunkan dan merundingkan kontrak serta mengintegrasikan keperluan kontrak dengan operasi perniagaan.
- Berinteraksi dengan pelanggan melalui e-mel atau WhatsApp untuk projek baharu, termasuk menentukan keperluan tenaga kerja, peralatan, dan SOP yang diminta oleh pelanggan.
- Mendaftar sistem vendor baharu dan menyenaraikan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan peluang perniagaan.
- Menyediakan dan mengurus RFQ/RFT untuk semua tender kerajaan dan sektor swasta dalam kawasan yang dipilih.
- Menguruskan dan menyusun fail-fail berkaitan jabatan dalam kawasan yang dipilih.
- Menyediakan dan mengurus semua dokumen korporat yang berkaitan.
- Menyediakan sebut harga dan dokumen lain untuk pelanggan berpotensi.
- Mengenal pasti dan mendaftarkan semua vendor yang berkaitan untuk syarikat.
- Mengekalkan sistem vendor sedia ada dengan memperbaharui pendaftaran.
- Memberikan maklum balas kepada pihak pengurusan.
- Menyediakan laporan pemasaran langsung setiap bulan.
- Menulis laporan harian dan laporan pemasaran bulanan untuk dihantar ke ibu pejabat.
- Menjalankan tugas ad hoc seperti tender secara manual atau dalam talian.
- Menghadiri lawatan tapak.
- Melaksanakan tugas lain yang diberikan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

**Job Types**: Full-time, Fresh graduate

Pay: RM2,300.00 per month

Schedule:

- Monday to Friday

Work Location: In person