Current jobs related to juruteknik (elektrik) - Kuantan, Pahang - IJM Group

  • Juruteknik Elektrik

    1 week ago


    Kuantan, Malaysia IFTITAH GLOBAL ENTERPRISE Full time

    Mahir dalam pemasangan & membaik pulih barangan elektronik, pendawaian, cctv syistem dan juga mahir dalam bidang Elektrik. - Boleh melakukan pendawaian elektrik bangunan, boleh troubleshoot keroskan pendawaian, mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan bangunan. - Sekurang-kurangnya mempunyai Persijilan / Diploma dalam bidang Elektrikal atau berkaitan...

  • Juruteknik (Elektrik)

    2 weeks ago


    Kuantan, Malaysia KUANTAN PORT CONSORTIUM SDN BHD Full time

    **KELAYAKAN**: - Mempunyai Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang Elektrikal atau kelayakan setara yang diiktiraf. - Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang penyelenggaraan elektrik, pemasangan sistem elektrik, atau kerja teknikal yang berkaitan. - Mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sistem Voltan...

juruteknik (elektrik)

2 weeks ago


Kuantan, Pahang, Malaysia IJM Group Full time 40,000 - 60,000 per year
Job Description

KELAYAKAN:


•    Mempunyai Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang Elektrikal atau kelayakan setara yang diiktiraf.

•    Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang penyelenggaraan elektrik, pemasangan sistem elektrik, atau kerja teknikal yang berkaitan.

•    Mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sistem Voltan Rendah (LV), Voltan Sederhana (MV), dan Voltan Tinggi (HV) termasuk transformer, suis gear, pemutus litar, dan papan agihan.

•    Berpengetahuan dalam kaedah dan penjadualan penyelenggaraan bagi memastikan operasi sistem berjalan lancar dan jangka hayat peralatan dioptimumkan.

•    Berkemahiran dalam menggunakan peralatan ujian dan diagnostik elektrik seperti multimeter, penguji penebat, meter penjepit, kamera imej terma dan lain-lain dengan ketepatan.

•    Berpengalaman dalam sistem keselamatan kebakaran (panel penggera, pengesan asap, sensor haba dan lampu kecemasan) serta penyaman udara jenis unit pisah (split unit AC) merupakan kelebihan tambahan.

•    Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan).

•    Kemahiran komputer yang baik terutamanya dalam Microsoft Word dan Excel

SKOP TUGAS:

Peranan ini adalah untuk menyokong pelbagai tanggungjawab Jabatan Elektrik termasuk:

•    Melaksanakan kerja penyelenggaraan, pembaikan dan troubleshooting bagi sistem elektrik, kabel, sambungan dan peralatan sokongan.

•    Menyelia dan menyelenggara genset, ATS dan sistem UPS termasuk ujian beban serta pengaktifan automatik dan manual semasa gangguan bekalan elektrik.

•    Melaksanakan servis berkala penyaman udara dan sistem penyejukan, termasuk pemeriksaan gas dan pembaikan kebocoran di semua pencawang.

•    Menjalankan penyelenggaraan sistem keselamatan kebakaran seperti panel penggera, pengesan asap, sensor haba dan lampu kecemasan mengikut piawaian keselamatan kebangsaan.

•    Bertugas secara on-call bagi menangani kecemasan atau gangguan elektrik di luar waktu pejabat termasuk pencawang, transformer, atau sistem sokongan kritikal

•    Menyediakan laporan penyelenggaraan, penggunaan alat ganti, dan dokumentasi teknikal dengan tepat dan sistematik.

•    Menyokong inisiatif penjimatan tenaga dan kelestarian serta mencadangkan penambahbaikan sistem yang lebih cekap dan kos efektif.

•    Memastikan semua kerja dijalankan mengikut Akta Bekalan Elektrik serta mematuhi semua prosedur keselamatan dan piawaian kerja yang ditetapkan.

•    Memantau kerja kontraktor bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian teknikal, keselamatan dan jadual pelaksanaan kerja.

Summary
Skills
Certifications
Education
Diploma in Electrical Engineering