branch manager
17 hours ago
Tujuan Jawatan:
Untuk menerajui dan mengurus keseluruhan operasi pusat servis/bengkel secara strategik dan efisien, dengan menekankan kepuasan pelanggan, kecemerlangan perkhidmatan, serta pencapaian prestasi kewangan yang mampan (sustainable). Jawatan ini juga berperanan penting dalam memastikan pematuhan terhadap dasar syarikat dan peraturan semasa, pengurusan sumber manusia secara optimum, serta pembangunan berterusan terhadap mutu kerja dan prestasi pasukan.
Tanggungjawab Utama:-
1. Pengurusan Operasi
- Menyelia operasi harian pusat servis bagi memastikan kecekapan, produktiviti, dan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).
- Memastikan penggunaan maksimum ruang bengkel serta memantau kecekapan kehadiran juruteknik secara bulanan.
- Mengekalkan amalan 5S untuk persekitaran kerja yang bersih dan teratur.
2. Prestasi Kewangan
- Mencapai sasaran bulanan dari segi bilangan kenderaan masuk, jualan servis, keuntungan kasar, perbelanjaan dan keuntungan bersih.
- Memantau dan mengurangkan baki tertunggak daripada pemiutang.
- Mengurus belanjawan bengkel, perancangan tahunan dan pengagihan sumber.
3. Hubungan Pelanggan
- Menangani aduan pelanggan yang rumit dan memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan.
- Memastikan semua maklum balas pelanggan ditangani dengan dokumentasi dan perbincangan yang sewajarnya bersama pengurusan.
- Mewujudkan budaya kerja yang berfokuskan pelanggan melalui bimbingan kepada kakitangan.
4. Jaminan Kualiti
- Mengurangkan kes kerja ulangan (Come Back Jobs) dan memastikan semua kes dikendalikan mengikut SOP.
5. Pengurusan Alat Ganti & Inventori
- Mengekalkan stok alat ganti, peralatan, pelincir dan kelengkapan bengkel dalam keadaan baik.
- Menyelesaikan segera isu alat ganti Vehicle Off Road (VOR) dan mengurus stok lambat atau mati melalui platform digital atau promosi.
6. Sumber Manusia & Pembangunan Pasukan
- Memimpin, menyelia dan memotivasikan ahli pasukan ke arah pencapaian matlamat prestasi bersama.
- Menyediakan perancangan tenaga kerja tahunan, analisa keperluan latihan, dan perancangan cuti (untuk dihantar sebelum Februari setiap tahun).
- Memantau kehadiran staf, cuti sakit dan menyelaras dengan pihak HR untuk kemas kini.
- Memastikan juruteknik dan kakitangan servis/bengkel mendapat latihan teknikal yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi.
- Merekrut, menyelia dan memotivasikan pasukan berprestasi tinggi.
- Tetapkan sasaran prestasi individu dan pastikan semakan prestasi tepat pada masanya.
- Menggalakkan budaya yang selamat, inklusif dan result-driven di cawangan.
7. Keperluan Alat
- Mengenal pasti dan mengemukakan keperluan bagi alatan atau peralatan baharu.
8. Pematuhan Peraturan
- Berurusan dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang dan garis panduan yang berkaitan.
- Menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan denda atau ketidakpatuhan.
9. Komunikasi & Pelaporan
- Berkomunikasi secara berkala dengan staf bawahan dan pihak pengurusan untuk perkongsian maklumat, penyelesaian isu serta pelaksanaan strategi penambahbaikan.
- Memberi makluman berkala mengenai produk baharu, berita syarikat dan kempen kepada semua kakitangan.
10. Lain-lain
- Memantau urusan pembelian, perolehan dan pembaikan peralatan daripada pembekal sebelum pembayaran dibuat.
- Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pihak syarikat, pengurusan atau pihak atasan.
Keperluan Jawatan (Requirements)
- Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Diploma, Ijazah Sarjana Muda/ Kelayakan Profesional atau setaraf.
- Mempunyai pengalaman kerja yang terbukti dalam bidang berkaitan adalah diperlukan bagi jawatan ini. Diutamakan dalam operasi cawangan, jualan atau bidang kerja yang berkaitan.
- Bermotivasi tinggi, result-driven, analitikal serta menunjukkan tahap inisiatif, disiplin dan dorongan diri yang tinggi.
- Seorang yang proaktif, berdaya usaha dan mampu bekerja secara berdikari dengan kebolehan membuat keputusan yang baik.
- Mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat, kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik, mampu berinteraksi di semua peringkat serta bekerja sebagai ahli pasukan & perkhidmatan pelanggan.
- Pengalaman dalam industri automotif (paint & body works) akan dianggap sebagai satu kelebihan.
Job Types: Full-time, Permanent, Fresh graduate
Benefits:
- Health insurance
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
Ability to commute/relocate:
- Bangi: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Preferred)
Education:
- STM/STPM (Preferred)
License/Certification:
- B2/ D (Preferred)
Willingness to travel:
- 100% (Preferred)
Work Location: In person
-
Operation Manager
3 days ago
Bangi, Selangor, Malaysia Peluang Kristal Sdn Bhd Full time 24,000 - 48,000 per yearBranch VisitCollaborated with the Visual Merchandising (VM) Department to implement store display changes across Klang Valley and regional branches.Conducted weekly branch visits as required.Ensured proper display of new arrivals in accordance with Standard Operating Procedures (SOP).Communicated with branch managers, assistant managers, and admin staff to...
-
Spa Manager
16 hours ago
Bangi, Selangor, Malaysia BioPearl SDN BHD Full time 30,000 - 36,000 per yearWe're Hiring: Branch/Regional Manager (Kuala Lumpur Expansion) – BioPearl Skincare & WellnessBioPearl, a trusted name in beauty and wellness with over 20 years of experience, is expanding We are opening new branches and are seeking a passionate and reliable Outlet Manager to lead the way.Location: Training at BioPearl HQ (Bandar Baru Bangi), Deployment to...
-
pengurus cawangan/ branch manager
3 days ago
Bangi, Selangor, Malaysia ECW Motorsports Full time 30,000 - 60,000 per yearTujuan Jawatan:Untuk menerajui dan mengurus keseluruhan operasi pusat servis/bengkel secara strategik dan efisien, dengan menekankan kepuasan pelanggan, kecemerlangan perkhidmatan, serta pencapaian prestasi kewangan yang mampan (sustainable). Jawatan ini juga berperanan penting dalam memastikan pematuhan terhadap dasar syarikat dan peraturan semasa,...
-
Pharmacist (Selangor Area)
3 days ago
Bangi, Selangor, Malaysia Alpro Pharmacy Sdn Bhd Full time 72,000 - 96,000 per yearResponsibilities:Poison and stock inventory controlMedication dispensing, consultation and counselingReport and work together as a team with branch manager in managing smooth, effective retail operationCompounding medication (in Alpro's specialty pharmacy)Firm collaboration with other healthcare professionals.Managing good poison recording and scheduled...
-
Executive Assistant
3 days ago
Bangi, Selangor, Malaysia DR HAWA GROUP SDN BHD Full time 17,280 - 60,000 per yearLocation: BangiEmployment Type: Full-TimeSalary Range: RM 3,000 – RM 5,000 (depending on experience)Overall RoleTo provide high-level administrative, operational, and personal support to the Managing Director. The Executive Assistant ensures smooth daily operations, handles key communications, maintains confidentiality, and manages priorities across...
-
Human Resource Executive
3 days ago
Bangi, Selangor, Malaysia Renora Clinic Full time 48,000 - 96,000 per yearHuman Resource Executive (5 Years Experience)Location: Renora Clinic Headquarters – Bandar Baru BangiSalary: RM4,000 per monthEmployment Type: Full-TimeAbout Renora ClinicRenora Clinic is a fast-growing aesthetic and wellness clinic group with two established branches in Malaysia. We are dedicated to providing professional, ethical, and high-quality...
-
Boutique Assistant
3 days ago
Bangi, Selangor, Malaysia Brideoak Enterprise Full time 19,000 - 30,000 per year1. Fashion Boutique Sales & After-SalesAssist walk-in customers with styling, sizing & product recommendationsProvide excellent customer service to ensure high conversion rateConduct upselling & cross-selling for handbags, wallets, accessories, apparelHandle after-sales enquiries & customer support (exchange, return, repair)Maintain store cleanliness, VM...
-
Bangi, Selangor, Malaysia a9-c0a4-4d80-8862-4fd0830e87d5 Full time 20,000 per yearPersonal Driver for Managing Director – Kaharo JewelsWork Location:Kaharo Jewels Headquarters – BangiManaging Director's Residence – PutrajayaTravel mainly around Klang Valley, with occasional outstation tripsSalary: From RM2,000 (negotiable based on experience)Working Days: Monday to Saturday (flexible hours, must be available on evenings/weekends...
-
Wintel Engineer
17 hours ago
Bangi, Selangor, Malaysia CTC Global Sdn Bhd Full timeLocation – Bangi Data CentreOperation – 12 hour per shift, with 4 day work and 4 day off pattern rotating (eligible for shift allowance)Job Responsibilities:· Work closely with Team Lead and Level 2 Unix/Linux Support Team.· Assist Team Lead and Level 2 Unix/Linux Support Team on server operation support.· Handle...
-
Retail Sales Consultant
3 days ago
Bangi, Selangor, Malaysia TBC Elektrik Sdn Bhd Full time 24,000 - 120,000 per yearWe're Hiring – Retail Sales Consultant Working Days: 6 days a week (Monday–Sunday) Working Hours: 10:00am – 9:00pm (Includes: 1 hr lunch, 1hr dinner, 1.5 hr compulsory OT) Rest Day: 1 weekday (scheduled by management) Salary Package: Basic (RM1700 to RM OT (RM450 to RM600) + Commission + Incentive + Allowance = RM2500 to RM10k+Available Locations:NO....