Juruservis Lelaki/wanita

2 weeks ago


Butterworth, Penang, Malaysia Rentokil Initial Full time
**Requirements**:
**Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk**:

- Melakukan servis berkaitan dengan Hygiene seperti penukaran alas kaki pelbagai saiz di premis-premis pelanggan kami sekitar Kuala Lumpur.
- Mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan sebaik mungkin di bawah bimbingan Penyelia.
- Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas.
- Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan.
- Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia.
- Menyerahkan wang kutipan servis (jika ada) dengan kadar yang segera atau dalam masa dua (2) hari.
- Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
- Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.

SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI

**Calon yang ideal memiliki**:

- Kelayakan pelajaran bertaraf UPSR atau ke atas. Sijil UPSR/PMR/SPM (mana-mana yang tertinggi) dalam versi asal (original) mesti dikemukakan semasa menghadiri temuduga.
- Berumur antara 21 dan 40 tahun (41 tahun ke atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai pengalaman di dalam industri yang berkaitan).
- Lesen D dan/atau GDL yang sah.
- Minat melakukan kerja servis dan kerja luar (outdoor).
- Menetap di kawasan berdekatan.
- Pengambilan pekerja asing bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan dan tertakluk pada permohonan visa mereka sendiri.

**Sangat Diingini Jika Anda**:

- Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
- Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
- Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
- Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.

**Benefits**:
Ganjaran dan Faedah
- Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
- Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan.
- Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital.
- Faedah rawatan pesakit luar.
- Faedah rawatan mata dan gigi.
- Caruman KWSP, PERKESO & SIP.
- Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
- Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).
- Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.

Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG
Peluang Sama Rata
Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini

**Lokasi cawangan ini**:
Rentokil Initial (M) Sdn Bhd.
Plot 23 (Building 1), Jalan Jelawat, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
(near Sunway Carnival Mall)

.

  • Butterworth, Penang, Malaysia Agensi Pekerjaan Megan Millions Sdn Bhd Full time

    Melakukan kerja operasi mengikut SOP dan pastikan produk yang dihasilkan memenuhi kualiti dan selamat dimakan- Melakukan operasi dan proses pembuatan seperti mengendalikan mesin dan pembungkusan yang mudah- Memastikan kawasan pengeluaran dan peralatan sentiasa bersih dan memenuhi standard kebersihan- Perhatikan prestasi mesin / peralatan dengan memerhatikan...

  • Unit Supervisor

    2 weeks ago


    Butterworth, Penang, Malaysia Harvik Rubber Industries Sdn Bhd Full time

    **Lokasi: Kawasan Perindustrian Perai****Unit Supervisor****Gaji Pokok RM1700 sebulan**- Terbuka kepada lelaki dan wanita- STPM/Diploma ke atas atau Pengalaman sekurangnya 2 tahun sebagai Supervisor- Kenderaan sendiri**Faedah disediakan**:- Insentif Kedatangan- Elaun OT 3-6 HARI SEMINGGU- PERKESO & SIP, KWSP dan Insuran Kemalangan- Bonus dan Kenaikan...

  • Pekerja Kebersihan

    2 weeks ago


    Butterworth, Penang, Malaysia Hapizal Enterprise Full time

    Jawatan Kosong Sebagai Pekerja Kebersihan (Cleaner) PENGAMBILAN SEGERALOKASI : PEJABAT DI SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG MEMERLUKAN PEKERJA LELAKI DAN WANITA WARGANEGARA MALAYSIASAHAJA BERUMUR 2560 TAHUN SAHAJAWAKTU BEKERJA: 07:30 AM 04:30 PMHARI BEKERJA : ISNIN-JUMAATGAJI : RM 1,500.00 SABTU, AHAD DAN PUBLIC HOLIDAY CUTI ADA POTONGAN EPF DAN SOCSO +...

  • Juruservis Lelaki

    1 week ago


    Butterworth, Malaysia Rentokil Initial Full time

    **Requirements**: **Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk**: - Melakukan servis berkaitan dengan Hygiene seperti penukaran alas kaki pelbagai saiz di premis-premis pelanggan kami sekitar Kuala Lumpur. - Mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan sebaik mungkin di bawah bimbingan...


  • Butterworth, Malaysia Agensi Pekerjaan Megan Millions Sdn Bhd Full time

    Melakukan kerja operasi mengikut SOP dan pastikan produk yang dihasilkan memenuhi kualiti dan selamat dimakan - Melakukan operasi dan proses pembuatan seperti mengendalikan mesin dan pembungkusan yang mudah - Memastikan kawasan pengeluaran dan peralatan sentiasa bersih dan memenuhi standard kebersihan - Perhatikan prestasi mesin / peralatan dengan...


  • Butterworth, Malaysia Kamal & Kamal Pest Control Sdn. Bhd. Full time

    Kamal & Kamal Pest Control ialah sebuah syarikat perkhidmatan profesional kawalan serangga dan makhluk perosak. Syarikat telah ditubuhkan semenjak 13 April 1985 dan beroperasi di 8 cawangan di seluruh Malaysia dan mempunyai 100 pekerja. Syarikat diiktiraf pensijilan MS ISO 9001 (Quality Management System). Penerangan kerja: 1. Menjalankan perkhidmatan...