Pegawai Pengesah Dalaman
Save this job and keep your search organized
Create a free account to save jobs, create alerts and return to this listing from your dashboard.
By continuing, you agree to our Terms & Privacy Policy.
Menjalankan proses pengesahan dalaman terhadap aktiviti latihan, penilaian dan rekod kompetensi pelajar bagi program TVET yang ditetapkan.
Menyemak dan mengesahkan rekod penilaian, bukti kompetensi serta dokumen berkaitan pelajar yang disediakan oleh PP.
Memantau dan memastikan proses penilaian kompetensi dilaksanakan secara telus, adil, konsisten dan berintegriti.
Memberi bimbingan dan maklum balas kepada PP berkaitan proses penilaian, dokumentasi dan pematuhan keperluan JPK.
Memantau pencapaian kompetensi pelajar dan memastikan rekod kompetensi dikemaskini dengan lengkap dan tepat.
Menjalankan tugasan lain yang berkaitan dengan fungsi PPD dan tanggungjawab tambahan yang diarahkan oleh Pengurus Pusat.
Mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD), Trainer atau tenaga pengajar dalam bidang yang berkaitan.
Mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam bidang yang dimohon:
Mempunyai kelayakan atau pengalaman yang berkaitan dengan bidang HVAC.
Mempunyai VTO atau TVET-I yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) adalah satu kelebihan.
DKM / SKM atau kelayakan berkaitan dalam bidang masing-masing dan/atau mempunyai pengalaman industri yang relevan.
Lulus/berpengalaman dalam Induksi PP-PPD-PPB JPK adalah satu kelebihan.
Bagi calon bidang HVAC, mempunyai CSTP/RACS daripada Jabatan Alam Sekitar (DOE) adalah satu kelebihan.
Mempunyai kemahiran komunikasi, dokumentasi dan pengurusan rekod yang baik.
Mampu bekerja secara teliti, sistematik, berintegriti dan memastikan proses pengesahan dilaksanakan secara objektif dan konsisten.
Bersedia melaksanakan tanggungjawab tambahan yang berkaitan dengan operasi Pusat Bertauliah apabila diperlukan.