Laundry Operator
3 weeks ago
Rentokil Initial adalah salah satu syarikat perkhidmatan perniagaan terbesar dengan lebih daripada 57,700 rakan sekerja di seluruh dunia dan beroperasi di lebih 90 negara. Syarikat kami bergantung pada komitmen, kemampuan dan kerja berpasukan di antara rakan sekerja untuk memberikan perkhidmatan dan menggembirakan pelanggan. Kami adalah peneraju pasaran dalam industri kawalan perosak dan ‘Hygiene’ selama lebih dari 50 tahun di Malaysia. Memandangkan perniagaan kami di 11 bandar besar di seluruh negara semakin berkembang, kami menjemput calon-calon yang berkelayakan dan sangat dinamik untuk berkembang bersama kami dengan penuh semangat.
Kami sedang mencari **Operator Dobi (Laundry Operator) **yang bermotivasi dan dinamik untuk menyertai pasukan kami. Tanggungjawab anda adalah untuk memberi perkhidmatan berkaitan dengan bahagian ‘laundry’ seperti proses pembersihan alas kaki dan penjagaannya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan memberi anda gaji pokok yang menarik, peluang kerjaya, dan sebagainya. Anda juga akan diberi latihan produksepenuhnya dengan bantuan dan sokongan secara langsung dari Pengurus, Penyelia dan Pasukan di bahagian ‘Laundry’.
**Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk**:
- Mengendalikan mesin pencucian dan pengeringan serta menggulung karpet
- Memastikan kerja yang dilakukan mematuhi etika kerja iaitu dasar kualiti, kesihatan dan keselamatan.
- Bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk sentiasa belajar tugas baru yang diberikan
- Memastikan semua mesin berkeadaan baik
- Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
- Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.
**Requirements**:
**Calon yang ideal memiliki**:
- Kelayakan pelajaran tahap SPM atau setaraf
- Kewarganegaraan Malaysia, LELAKI, berumur antara 18 dan 35 tahun
- Mempunyai lesen kenderaan yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja
- Perlu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan
- Mampu mengendalikan forklift adalah satu kelebihan
- Bersedia untuk bekerja lebih masa
- Boleh bekerja berdiri
- Mampu untuk bekerja secara shift (7.30am-5.00pm & 4.30pm-1.00am)
- Berkebolehan menulis, membaca dan mengira
**Sangat Diingini Jika Anda**:
- Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan
- Memiliki kebolehan sebagai ‘Team Leader’
- Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat
- Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi
**Benefits**
**Ganjaran dan Faedah**:
- Gaji pokok yang menarik (bergantung kepada prestasi anda)
- Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital
- Faedah rawatan pesakit luar
- Faedah rawatan mata dan gigi
- Caruman KWSP (13% daripada syer majikan. 16% apabila bekerja lebih dari 2 tahun) & SOCSO
- Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja
Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.
**Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG**
**_
Peluang Sama Rata_**
Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dalam menyediakan peluang yang sama rata dan mengelak sebarang diskriminasi. Kami juga menekankan kepelbagaian tempat kerja dimana kami tegas tentang mewujudkan persekitaran inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, memegang kekuatan mereka, dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja mencapai potensi penuh mereka.
**Lokasi**:
Rentokil Initial (M) Sdn Bhd
No.17 Jalan Selatan 8/1, Kawasan Perindustrian Selatan, 81300 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
-
Supervisor Linen
2 weeks ago
Johor Bahru, Malaysia Medivest Sdn Bhd Full timeWorking together with Facility Manager and Head of HWMS, LLS & CLS in monitor and cooperate with Linen and Laundry Services (LLS) contractors and constantly evaluate theirs performance to ensure their service delivered as per contact. * To assist Head of HWMS, LLS a. to prepare Hospital Specific Implementation Plan (HSIP) for LLS. b. to oversee and...
-
Production Operator
3 weeks ago
Johor Bahru, Malaysia AGENSI PEKERJAAN LHC SDN. BHD. Full time**Position **:Production Operator **Location**:Tractor Road **Gross Salary**:SGD 2000 **Basic Salary**:SGD 1200 - 1400 **Working Hours**: 5 days/ week, 1st Shift: Monday to Thursday: 0745 to 1715 hours, Friday: 0745 to 1615 hours 5 days/ week, 2nd Shift: Monday to Thursday: 1700 to 0230 hours, Friday: 1600 to 0030 hours **Allowances** Laundry...
-
Housekeeping Supervisor
3 weeks ago
Johor Bahru, Malaysia Crystal Crown Hotel Johor Full timeMemastikan kebersihan semua kawasan Hotel dengan teliti, dengan matlamat utama untuk meningkatkan pegalaman pelanggan dengan mempunyai standard kebersihan Hotel yang sangat baik. (_To ensure cleanliness of all areas of the Hotel thoroughly, with the key aim of enhancing the customer experience by having excellent standards of the Hotel...