Pensyarah (Komputer Sains)

3 weeks ago


Kuala Lumpur, Malaysia UTMSPACE SERVICES SDN BHD Full time

**Kelayakan Minimum**:
i. **Ijazah Sarjana Muda dalam KOMPUTER SAINS atau bidang yang berkaitan **daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/ luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; **serta**

ii. Kepujian dalam **Bahasa Melayu **& **Bahasa Inggeris **(termasuk **LULUS** ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iii. Berpengalaman sekurang-kurangnya **SATU (1) TAHUN** dalam bidang yang berkaitan **ATAU lepasan Ijazah Sarjana Muda**;
iv. Boleh melakukan kerja secara berkumpulan, berdikari, dan mampu untuk melaksanakan pelbagai tugas dalam satu masa mengikut tarikh akhir ditetapkan; dan

v. Mempunyai permit mengajar.

**Tugas Utama & Tanggungjawab**:
i) Menyediakan dan mengemaskini bahan-bahan berkaitan dengan kursus yang diajar:
a) Nota kuliah pengajaran;
b) Rancangan pengajaran; dan

c) Soalan-soalan penilaian (kuiz, ujian, tutorial, makmal, tugasan dan lain-lain).

ii) Mengajar mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan bagi setiap kursus;
iii) Memberi rangka kursus (objektif, kandungan, kaedah pengajaran dan penilaian kursus) kepada setiap pelajar bagi setiap kelas pada awal semester;
iv) Menyedia dan mengemaskini setiap fail kursus yang diajar;
v) Menyediakan Markah Kerja Kursus (MKK) bagi setiap kursus yang diajar;
vi) Menjalankan penilaian (_entrance & exit survey_) berterusan adalah konsisten untuk setiap kelas;
vii) Menyediakan kertas soalan peperiksaan akhir dan skema jawapan bagi kursus yang diajar dengan mengikut format yang telah ditetapkan;
viii) Memeriksa kesemua penilaian yang telah diberikan kepada pelajar dan kertas soalan peperiksaan akhir mengikut skema jawapan bagi setiap kursus yang diajar;
ix) Membuat analisis dan pemantauan kehadiran pelajar dan melaporkan ketidakhadiran pelajar kepada Unit Pentadbiran Akademik (UPA);
x) Menghadiri kursus _Outcome Based Education_ (_OBE_) yang dijalankan;
xi) Menyediakan dan menghantar _Course Review Report_ (_CRR_) bagi setiap kursus;
xii) Bertindak sebagai penasihat akademik dan melengkap fail pelajar bagi pelajar di bawah slot “_Penasihatan Akademik_”;
xiii) Memastikan keperluan buku-buku untuk proses pengajaran telah disediakan mengikut kursus bagi setiap semester;
xiv) Bertindak dan terlibat sebagai ahli dalam pelbagai jawatankuasa yang diwujudkan oleh pihak Kolej SPACE;
xv) Melengkapkan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak Kolej SPACE; dan

xvi) Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh pegawai yang diberi kuasa.

**Faedah yang Diberikan**:

- Insurans + Perlindungan perubatan
- EPF + SOCSO
- Klinik panel

**Cara Permohonan:

- **

Calon-calon yang memenuhi kriteria seperti di atas adalah dipelawa untuk memberikan resume terkini anda kepada:
**No. Telefon Pejabat : +60327722515**

**Job Types**: Full-time, Permanent, Contract
Contract length: 12 months

**Salary**: From RM2,300.00 per month

**Benefits**:

- Health insurance

Schedule:

- Monday to Friday

Ability to commute/relocate:

- Kuala Lumpur: Reliably commute or planning to relocate before starting work (required)