Penolong Jurutera
5 months ago
JAWATAN: PENOLONG JURUTERA GRED: GRED G7 KEKOSONGAN: 3 KEKOSONGAN Syarat kelayakan:
- a. Berumur antara 24 - 30 tahun. b. Pendidikan peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam/ Perancang Bandar. c. Berpengalaman 1- 3 tahun. d. Memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik disemua peringkat terutama peringkat pelaksanaan. e. Mempunyai “interpersonal skills’ yang sangat baik dan boleh menerangkan serta berkomunikasi dengan baik kepada jurutera, kakitangan serta pihak luar terutamanya. f. Komited, berkeyakinan dan bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan Peranan & tanggung jawab a. Menerima fail permohonan daripada bahagian pendaftran untuk semakan dan tindakan bahagian projek. b. Membuat perancangan terhadap fail -fail yang diterima dengan teratur dan tersusun. c. Menyemak maklumat permohonan (nama pemohon, perunding, kontraktor, pemilik utiliti, pemilik projek, pihak berkuasa melulus, penyedia pelan), dan dokumen permohonan (Jadual kerja, Kaedah kerja, Bayaran berkaitan, Insuran, Pelan TMP dan UDM) yang dikemukakan oleh pemohon. d. Menyediakan draf surat ulasan sokongan atau penangguhan terhadap fail yang diterima untuk semakan Jurutera berkaitan permohonan izin-lalu dan permit. e. Menyediakan laporan permohonan izin-lalu dan permit kepada pihak berkuasa yang ditetapkan. f. Mengadakan rundingan bersama Jurutera dan pihak pemohon sekiranya terdapat isu berbangkit terhadap laluan utiliti yang dicadangkan. g. Mengaturkan sesi lawatan tapak bersama pihak berkuasa dan pemohon dalam tempoh yang ditetapkan. h. Membuat pemantauan berkala terhadap permohonan yang telah diberi kebenaran mula kerja dan mengemukakan laporan pemantauan kepada Jurutera mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. i. Menghadiri mesyuarat tapak dan penyeliaan yang diaturkan oelh pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan pelaksanaan dan kemajuan projek mengikut jadual pelaksanaan dan syarat kelulusan yang telah ditetapkan.
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5