Penolong Kanan

3 weeks ago


Johor Bahru, Malaysia PERMODALAN DARUL TA'ZIM SDN BHD Full time

**PENEMPATAN LOKASI BEKERJA**

Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd (PDT)

**TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB**

1. Menyediakan lampiran Akaun Pengurusan bulanan PDT dan Anak Syarikat yang terdiri daripada Penyata Untung Rugi, Penyata Aliran Tunai dan Penyata Kewangan.

2. Menyediakan inbois penghutang setiap bulan.

3. Menyediakan resit rasmi bayaran penghutang.

4. Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank setiap bulan.

5. Menyemak memo perakuan beserta dokumen sokongan bagi tujuan pembayaran.

6. Merekod invois pemiutang dalam sistem perakaunan.

7. Menyediakan baucer bayaran dan cek atau transaksi bayaran atas talian mengikut kitaran bayaran.

8. Menyemak dan menyediakan baucer wang panjar.

9. Merekod data dan memastikan ‘Fixed Asset Registered’ di kemaskini.

10. Merekod data dalam transaksi jurnal.

11. Membantu menyediakan Bajet Tahunan PDT dan Anak Syarikat.

12. Membantu dalam aktiviti-aktiviti audit tahunan bersama Juruaudit Luar _(Preliminary Audit dan Final Audit)_.

13. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan daripada Eksekutif Kewangan, Eksekutif Kanan Kewangan,, Pengurus Kewangan, Timbalan Presiden Korporat & Kewangan dari semasa ke semasa.

**SYARAT DAN KELAYAKAN**

1. Warganegara Malaysia;
2. Memiliki kelayakan mínima **Ijazah Sarjana Muda** pengkhususan **Perakaunan** yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya **DUA (2) **tahun di dalam bidang berkaitan;
4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;
5. Mempunyai kemahiran menggunakan sistem perisian perakaunan dan Microsoft Office 365;
6. Berfikiran kreatif dan inovatif.

**Job Types**: Full-time, Contract
Contract length: 24 months

Pay: RM2,000.00 - RM2,900.00 per month

**Education**:

- Diploma/Advanced Diploma (preferred)

**Experience**:

- work: 2 years (preferred)

Expected Start Date: 05/01/2024