Pembantu Tadbir

2 weeks ago


Kudat, Malaysia Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Full time

**PEMBANTU TADBIR (OPERASI) (KUDAT, SABAH)**

**Deskripsi Kerja**:

- Menguruskan Stok, Harta Syarikat dan Stokpail Kerajaan, pada Aras dan Kos yang Optima dan Berpandukan Polisi dan Prosedur Syarikat
- Bertanggungjawab untuk memastikan semua proses perniagaan gudang dalam keadaan tersusun, teratur dan licin.
- Memastikan aduan entiti berkepentingan mendapat respon sewajarnya dan melaksanakan tindakan pembetulan

**Tanggungjawab**:
**1. Melaksanakan dan menjalankan Operasi Penerimaan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti**
- Menjadi wakil syarikat atau gudang semasa pihak surveyor membuka seal Kontena atau Lori
- Sentiasa berada di kawasan pemunggahan untuk membuat kiraan dan pengesahan semasa kerja-kerja menurunkan beras daripada lori atau membuat stek beras
- Menentukan tempat parkir kontena atau lori kargo dengan memastikan kawasan tersebut selamat untuk digunakan
- Memastikan binaan stek beras mengikut kepada MPO yang telah diluluskan iaitu maksimum ketinggian adalah 30 lapisan tinggi atau mengikut kesesuaian gudang
- Mengisi dan mengesahkan maklumat penerimaan beras mengikut Borang Tally Sheet yang disediakan
- Memastikan semua beras di dalam lori atau kontena habis diturunkan serta memastikan semua beras disapu sebelum lori atau kontena keluar daripada kawasan gudang
- Menyediakan laporan bertulis secara menyeluruh selepas kerja-kerja pemunggahan dan membuat stek selesai
- Merekod ketibaan lori atau kontena yang memasuki gudang

**2) Melaksana dan menjalankan Operasi Simpanan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti**
- Bekerjasama dengan Penjaga Gudang untuk menyediakan laporan pengesahan stok (Penerimaan & Pengeluaran
- Membuat pengesahan kauntiti stok fizikal di dalam stek kad sebelum dihantar untuk kelulusan (Beras baik dan Lot Tender)
- Bersedia menerima arahan dari masa ke semasa daripada Ketua Gudang

**3) Melaksanakan dan menjalankan Operasi Pengeluaran Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti**
- Sentiasa berada di kawasan pemunggahan untuk membuat kiraan dan pengesahan semasa kerja-kerja menaikkan beras di dalam lori
- Mengisi dan mengsahkan maklumat penerimaan beras mengikut borang Tally Sheet yang disediakan
- Menyediakan laporan bertulis secara menyeluruh selepas kerja-kerja pemunggahan dan membuat stek selesai
- Membuat kerja-kerja pembersihan selepas kerja-kerja pemnggahan selesai dibuat

**4) Mengemaskini fail-fail operasi dan memastikan sistem pemfailan berjalan dengan baik di gudang**
- Mengemaskini dokumen-dokumen operasi dan sokongan operasi serta menfailkan dokumen tersebut mengikut arahan yang ditetapkan oleh pengurusan
- Mengemaskini fail-fail stek beras dan menyimpan fail tersebut ditempat yang dikhaskan oleh pengurusan

**5) Lain-lain tugasan**
- Menyertai aktiviti kiraan stok tahunan bersama Jabatan Kewangan
- Menyertai pengiraan stok berkala yang dijalankan oleh Jabatan
- Menyertai Jawatankuasa Keselamtan dan Kesihatan Pekerja
- Menerima arahan dari masa ke semasa daripada Ketua Gudang dan Ketua Zon

**1. Kelayakan**:

- Minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

**2. Tahun Pengalaman Kerja**:

- 1 - 3 Tahun

**3. Pengetahuan Khusus**:

- Pengurusan Stok

**4. Kemahiran**:

- Kemahiran komputer Microsoft Office

**5. Atribut Peribadi**:

- Mempunyai inisiatif sendiri (self-starter) dan proaktif
- Boleh bekerja di bawah tekanan dan seliaan mínima
- Berintegriti tinggi, jujur dan amanah
- Rajin dan berorientasikan pelanggan (dalaman dan luaran)

**Job Types**: Full-time, Permanent

Pay: RM1,400.00 - RM3,000.00 per month

**Benefits**:

- Health insurance
- Maternity leave
- Professional development

Schedule:

- Monday to Friday

Supplemental pay types:

- Overtime pay
- Yearly bonus

**Education**:

- STM/STPM (preferred)

**Experience**:

- Working: 1 year (required)