Kerani Pentadbiran Kredit

2 weeks ago


Sandakan, Malaysia KOPERASI CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD Full time

a. Bertanggungjawab menguruskan dokumentasi semua pembiayaan sehinggalah urusan dokumentasi disempurnakan sepenuhnya. b. Bertanggungjawab mengeluarkan pembiayaan-pembiayaan yang telah diluluskan seperti mana yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Operasi (GPO). c. Memastikan tugas-tugas kawalan dan kutipan dilakukan ke atas akaun-akaun pembiayaan yang bertunggakkan 5 bulan dan ke bawah. d. Memantau dan memastikan akaun-akaun pembiayaan tidak dikategorikan sebagai Pembiayaan Tidak Berbayar (PTB) mengikut sasaran yang ditetapkan. e. Bertindak sebagai juruwang gantian (‘relief teller’). f. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad. Visi Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia Misi Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:

- 1) Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota 2) Meningkatkan kebajikan anggota 3) Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti 4) Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5