Juruaudit Syariah

2 weeks ago


Kuala Lumpur, Malaysia TEKUN NASIONAL Full time

1. JAWATAN Lantikan kontrak untuk menjadi Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional yang ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja dan tugas sebagai juruaudit. 2. TUGASAN Sebagai seorang juruaudit, objektif tugas calon adalah untuk melindungi aset dan kepentingan TEKUN Nasional dengan memastikan pematuhan prosedur kawalan dalaman dan peraturan syarikat dan juga SOP / undang-undang sedia ada. 3. KELAYAKAN ASAS - Warganegara Malaysia. - Umur di antara 22-45 tahun ( Kecuali Bekas Tentera / Polis ). - Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian / lulus dalam Matematik dan Bahasa Inggeris. - Mempunyai lesen memandu ( B2 / D ) yang sah. 4. KELULUSAN PENDIDIKAN WAJIB mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree) Perakaunan, keutamaan kepada calon yang mempunyai latar belakang dan pengalaman sebagai juruaudit syariah. 5. BIDANG TUGAS i. Menjalankan fungsi pengauditan syariah seperti berikut: a)menyediakan perancangan audit syariah tahunan b)menyediakan rangka kerja audit syariah c)menyediakan program audit syariah berdasarkan isu/produk yang akan di audit d)melakukan semakan audit syariah secara berkala sama ada di Ibu Pejabat, Pejabat Negeri dan Pejabat Cawangan mengikut perancangan audit tahunan e)menyediakan draf laporan audit syariah f)melaksanakan tindakan susulan terhadap penemuan-penemuan audit syariah -Mengkaji kepatuhan terhadap polisi, perancangan, prosedur dan peraturan-peraturan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah; -Menilai keberkesanan dan kecukupan tahap kawalan dalaman untuk memastikan segala urus tadbir bebas daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan syariah; -Melaksanakan tugas-tugas adhoc yang diarahkan; Boleh bekerja secara berpasukan bagi mencapai objektif seperti yang diperlukan; Perlu kerja luar untuk siasatan audit cawangan. Mempunyai perwatakan menarik, sikap kerja yang baik dan berdisiplin serta mematuhi undang-undang syarikat. Ditempatkan di Ibu Pejabat TEKUN Nasional (Bandar Tasik Selatan). 6. PERKARA WAJIB /PENTING
- WAJIB meletakkan gambar muka dalam resume. *WAJIB SERTAKAN RESUME SENDIRI bukan resume ringkasan Myfuturejobs. *Setiap resume akan dinilai, sila kemaskini segala maklumat pendidikan, skill, kemahiran yang ada agar peluang calon terpilih untuk dipanggil menghadiri temuduga tinggi.
- Tak perlu hantar Motivation Letter.
TEKUN Nasional, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi yang menyediakan kemudahan pembiayaan bumiputera secara mudah, cepat, mesra bagi mengembangkan & memajukan perniagaan anda
Bachelor's or Equivalent