Pegawai Pembiayaan

2 weeks ago


Kuching, Malaysia KOPERASI CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD Full time

1. Memastikan sasaran produk-produk deposit, pembiayaan dan berasaskan fi dicapai sebagaimana yang ditetapkan. 2. Bertanggungjawab membantu KUPP mengatur, merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti pemasaran di peringkat cawangan Co-opbank Pertama. 3. Bertanggungjawab mengatur, merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti pemasaran di peringkat cawangan Co-opbank Pertama. 4. Menguruskan pertanyaan pelanggan berkaitan produk pembiayaan. 5. Memproses dan memastikan dokumen-dokumen permohonan pembiayaan pelanggan dilengkapkan sebagaimana ditetapkan GPO. 6. Melakukan penilaian kredit bagi semua permohonan pembiayaan dan memastikan ianya dilaksanakan dengan betul. 7. Memperkenalkan produk-produk pembiayaan dan produk berasaskan fi secara ‘cross selling’. 8. Memastikan setiap rekod pembiayaan direkodkan dan dikemaskini dan disimpan dengan selamat. 9. Bertanggungjawab memastikan penilaian kredit bagi semua permohonan pembiayaan dan memastikan ianya dilaksanakan dengan betul. 10. Menyedia, memantau dan memastikan laporan harian dan bulanan yang ditetapkan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. 11. Melaksanakan proses permohonan pembiayaan secara konsisten dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad. Visi Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia Misi Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:

- 1) Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota 2) Meningkatkan kebajikan anggota 3) Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti 4) Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5