Pelajar Praktikal

5 months ago


Johor Bahru, Malaysia PERMODALAN DARUL TA'ZIM SDN BHD Full time

**LOKASI PENEMPATAN KERJA**

Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd (PDT)

**TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB**

**Aspek Operasi dan Pelaksanaan**

**PEMBANGUNAN PROGRAM**

1. Membantu melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR);
2. Membantu menyediakan laporan pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR);
3. Membantu menyediakan dokumentasi berkaitan sumbangan yang disalurkan bagi permohonan potongan di bawah Seksyen 34(6) (h) Akta Cukai Pendapatan 1967;
4. Membantu menyelaras program CSR bersama agensi pelaksana;
5. Mambantu dalam pengurusan penganjuran program, acara dan majlis syarikat;
**MULTIMEDIA**

1. Membantu menyediakan rekaan grafik kandungan media sosial, laman web, bahan cetakan seperti profil syarikat, laporan tahunan, risalah, buletin, slide pembentangan dan lain-lain;
2. Membantu dalam melaksanakan rakaman fotografi, pengurusan fotografi dan visual untuk liputan bahan hebahan / kandungan media sosial / laman web dan bahan cetakan;
3. Membantu penyediaan bahan hebahan / promosi / kempen untuk disiarkan di peringkat dalaman atau di media sosial;
**ASPEK PENYELIDIKAN**

1. Membantu menjalankan kaji selidik terhadap keberkesanan pelaksanaan program / aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR);
**LAIN-LAIN SKOP TUGASAN**

1. Membantu menyelaras pembangunan Pelan Strategik PDT;
2. Membantu dalam penyediaan laporan-laporan aktiviti bulanan dan tahunan serta pelbagai kertas kerja yang diarahkan;
3. Memberi sokongan pentadbiran kepada Jabatan Komunikasi, merangkumi pengeluaran surat dan memo serta pengurusan kalendar jabatan; dan

4. Bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

**SYARAT DAN KELAYAKAN**

1. Warganegara Malaysia;
2. Memiliki kelayakanmínima **Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dalam bidang Kewartawanan / Penyiaran **atau **Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian **yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
3. Berkebolehan dalam penulisan artikel dan berita;
4. Berkebolehan dalam mengendalikan peralatan produksi / penggambaran;
5. Berkebolehan membuat suntingan video / gambar;
6. Berkebolehan mereka bentuk grafik;
7. Boleh berkomunikasi dengan baik dan jelas; dan

8. Boleh menjaga kerahsiaan yang tinggi.

**ELAUN PELAJAR PRAKTIKAL**

1. Elaun pelajar praktikal adalah RM1,000.00 sebulan.

**LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN PRAKTIKAL**

1. Sila sediakan dokumen-dokumen seperti berikut:

- **Resume **(butiran maklumat yang lengkap);
- **Surat Permohonan Penempatan Latihan Praktikal** (daripada pihak universiti dan pelajar sendiri); dan
- **Surat Maklum Balas Permohonan Latihan Praktikal** (yang disediakan oleh pihak universiti)

**Job Type**: Internship

**Salary**: RM1,000.00 per month

**Benefits**:

- Free parking

**Education**:

- Bachelor's (preferred)


  • Internship - Admin

    5 months ago


    Johor Bahru, Malaysia Syafiqali Resources Sdn Bhd Full time

    Kami merupakan Kontraktor Bumiputera dalam pelbagai bidang antaranya bidang landskap, sivil, pembinaan dan perkhidmatan pembersihan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan. Kami membuka peluang praktikal/latihan industri bagi pelajar-pelajar sama ada dari institusi IPTA/IPTS bagi menceburkan diri dan mendapat pendedahan dalam industri; **Tugasan Pembantu...