Ketua Unit Operasi

2 weeks ago


Sandakan, Malaysia KOPERASI CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD Full time

a. Bertanggungjawab memastikan setiap kerani operasi di cawangan melakukan tugas-tugasan operasi di kaunter. b. Memastikan semua dokumen yang diterima dari Kerani Operasi diperiksa semasa penutupan kaunter. c. Meningkatkan jualan di bahagian operasi dengan mempromosikan produk-produk berasaskan Fi secara ‘cross selling’. d. Bertanggungjawab menyediakan kedudukan tunai harian dengan memeriksa baki kedudukan kewangan di akaun semasa cawangan serta wang tunai di cawangan. e. Bertanggungjawab dalam urusan pembukaan/ penutupan bilik kebal bagi mengeluarkan wang serta peti tunai. f. Menerima dan melaksanakan arahan dan tugasan dari semasa ke semasa.
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad. Visi Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia Misi Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:

- 1) Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota 2) Meningkatkan kebajikan anggota 3) Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti 4) Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5