Pembantu Penolong Pengurus
2 weeks ago
1. Terlibat dalam rekabentuk dan pembangunan sistem data syarikat untuk memastikan pengumpulan data syarikat di tahap yang maksimum.
2. Merekabentuk dan menyelenggara serta mengemaskini laman web, media sosial dan rangkaian syarikat
3. Membantu dalam pembangunan data dan maklumat serta pembangunan sistem sosial rangkaian syarikat.
4. Mampu bekerja secara bebas dan bekerjasama dengan pengurus projek mengenai pembangunan produk dan rekabentuk syarikat.
MPN - “Pemikir Negara”
MAJLIS PROFESOR NEGARA (MPN) ialah suatu kolektif ilmuwan yang diwujudkan pertama kali dalam sejarah negara untuk menjadi payung kepada modal insan yang sangat berharga, berkelulusan tinggi dengan nilai tambahan yang luar biasa iaitu... PARA PROFESOR
MPN terpanggil untuk menyumbang idea, menyusun strategi dan mengatur tindakan untuk kebaikan negara dan rakyat berasaskan pengalaman dan ilmu pengetahuannya.
MPN MEMBITARAI TRANSFORMASI NEGARA
VISI
Pencetus Pemikiran Strategik Mendahului Zaman
MISI
Menggembleng tenaga kepakaran akademik dan
saintifik untuk membitarai pembangunan negara
dan kesejahteraan masyarakat
OBJEKTIF
Membantu negara dan masyarakat Malaysia dalam menggembleng kepakaran profesor dan ilmuwan negara bagi tujuan:
1. melaksanakan advokasi sosial
2. memperhalusi isu dan mencadang inisiatif baru serta
penggubalan dasar
3. menyelaras pembangunan dan pengembangan penyelidikan
strategik negara melalui kerjasama strategik dengan semua
pihak
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5