Café Pembantu Penyelia
7 months ago
**Café Pembantu Penyelia**
**Melapor Kepada**: Pembantu penyelia akan melapor kepada Penyelia Staf Depan (FOH).
**Gambaran Pekerjaan**: : Jika anda sangat suka dengan kopi dan suka berinteraksi dengan orang lain, kami ingin berjumpa dengan anda Kami sedang mencari seseorang untuk membantu dalam membuat pelanggan kami berasa seperti di rumah. Selain dari mengenali mereka, dan mengingati minuman dan makanan kegemaran mereka, anda juga akan menyediakan minuman kegemaran mereka, termasuk kopi/teh tempatan dan minuman tempatan lain; kopi/teh gourmet; jus buah dan minuman istimewa. Anda juga akan bertanggungjawab untuk mengambil pesanan pelanggan dan pembayaran mereka. Tentu saja, terdapat beberapa tugas membersih, mencuci, dan menyahkuman yang perlu dilakukan di bar, yang anda tidak boleh lari daripadanya.
Untuk berjaya, anda perlu komited untuk menyediakan perkhidmatan yang sangat baik kepada pelanggan. Anda haruslah positif, mesra, dan sopan.
**Tanggungjawab dan Tugas-Tugas**:
1. Menyambut pelanggan, memberi maklumat tentang menu istimewa atau item baru, menjawab pertanyaan, dan menerima pesanan dan pembayaran.
2. Menyediakan makanan, seperti sandwic atau produk panggang ketuhar, dan minumam seperti kopi dan the dengan menggunakan peralatan yang sedia-ada, dan menyajikan item kepada pelanggan.
3. Membungkus makanan dan minuman untuk dijual.
4. Menjual kopi, campuran teh, dan minuman serta makanan ringan lain.
5. Membersihkan dan mengisi kembali kawasan kerja dan ruang makan, membuang sampah, dan membasuh & menyahkuman peralatan dan perkakas.
6. Memahami tentang kaedah penyeduhan, campuran minuman, persediaan makanan, dan teknik penyajian untuk meningkatkan kualiti makanan.
7. Mengemaskini tanda dan paparan untuk menarik pelanggan.
8. Mengambil inventori dan mengisi semula item di kounter, meja, atau di belakang kaunter.
9. Bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan yang seronok dan penuh bertenaga.
10. Mematuhi semua peraturan keselamatan makanan dan kawalan kualiti.
11. Menjadi ahli berkomitmen dalam pasukan kafe:
a. Menegakkan komunikasi yang cemerlang dalam pasukan kafe dan dengan bahagian lain di ofis.
b. Melaksanakan sebarang tugas yang diperlukan dalam dapur atau mana-mana kawasan lain dalam operasi kafe.
c. Menegakkan etos dan misi syarikat pada setiap masa.
12. Pengiraan tunai harian dilakukan oleh anda sendiri untuk memastikan semua sistem keselamatan berkaitan dengan pengendalian tunai dipatuhi setiap hari. Pendapatan harian dan pembayaran balik dicatat dengan sewajarnya.
13. Membantu dalam penyelenggaraan proposisi kualiti operasi kafe untuk meningkatkan pengalaman pelawat.
14. Bertanggungjawab membantu Pengawas Kafe memastikan pematuhan penuh dengan peraturan Keselamatan Makanan dan Undang-Undang Tempatan.
15. Menjadi ahli penting dalam pasukan ini untuk memastikan kejayaan kafe.
16. Selain dari tugas dan tanggungjawab yang disenaraikan, pemegang jawatan dikehendaki menjalankan sebarang tugas yang munasabah yang mungkin diberikan oleh penyelia yang dinyatakan di atas, dari semasa ke semasa.
**Kelayakan**:
1. Sijil Pelajaran Menengah atau yang setara.
2. Pengalaman dalam penyediaan makanan dan minuman atau perkhidmatan pelanggan di café / restoran adalah diutamakan.
3. Kemahiran mendengar dan berkomunikasi yang baik, dengan personaliti yang sopan dan menarik.
4. Keupayaan untuk berjalan, membungkuk, dan berdiri untuk tempoh yang lama.
5. Bersedia untuk bekerja pada waktu puncak, pagi awal, dan kadang-kala hujung minggu, dan cuti umum.
6. Pentadbiran umum termasuk pengendalian tunai dan penyimpanan rekod.
7. Komitmen kepada kepuasan pelanggan dan kecemerlangan perkhidmatan.
8. Memiliki minat dalam makanan yang baik dan penyajian produk.
9. Penyelesaian masalah dengan personaliti kreatif dan kemahiran organisasi yang baik.
10. Kesediaan untuk bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan yang penuh tenaga dan cekap.
**Salary**: RM1,800.00 - RM2,300.00 per month
**Benefits**:
- Health insurance
- Maternity leave
- Meal provided
- Opportunities for promotion
- Professional development
Schedule:
- Day shift
- Monday to Friday
Supplemental pay types:
- Attendance bonus
- Overtime pay
Ability to commute/relocate:
- Ara Damansara: Reliably commute or planning to relocate before starting work (required)
Application Question(s):
- Explain what type of a person you are in 50 words or less.
**Education**:
- STM/STPM (preferred)
**Experience**:
- Waitressing or Restaurant: 2 years (required)
**Language**:
- Bahasa Melayu (required)
- English (required)
-
Pembantu Penyelia
6 months ago
Damansara Utama, Malaysia PUREWAX TK LIMITED ENTERPRISE Full time**Syarat - Syarat Memohon**: - **Boleh Mula Segera**: - **Rajin & Sanggup Belajar**: - **Full Time Sahaja**: - **Tiada Pengalaman Boleh Memohon, Latihan Disediakan** **Skop Kerja**: - **Terlibat Dalam Event / Roadshow**: - **Bekerja Dalam Kumpulan**: - **Mempromosikan Produk & Produk Demonstrasi Kepada Pelanggan** **Kelebihan**: - **Bonus &...