Akaun Eksekutif

3 weeks ago


Ampang, Malaysia Sueffi Holding Sdn Bhd Full time

Tugas - tugas

1) Bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan dengan akaun dan transaksi GL & RL seperti invois, lejer, delivery order, nota debit dan memantau transaksi harian.
2) Menutup akaun kewangan pada setiap bulan atau pada tempoh yang telah ditetapkan contohnya suku tahun, setengah tahun dan sebagainya.
3) Menyediakan laporan kewangan harian, bulanan, suku tahun dan tahunan jika perlu.
4) Menyediakan laporan kewangan yang lengkap iaitu kunci kira-kira, balance sheet, income statement, profit and loss (P&L), aliran dan lain-lain laporan (full set account).
5) Membuat catatan, rekod keluar masuk tunai (debit atau kredit) dan membuat analisa pengiraan yang sewajarnya keatas kewangan syarikat.
6) Mengekalkan kawalan perakaunan dengan menyediakan dan mengesyorkan dasar dan prosedur.
7) Mengira kos pengendalian dan pengeluaran.
8) Menguruskan fail dan dokumentasi akaun (P&C filing).
9) Membantu auditor dalam hal-hal berkaitan audit dan menyediakan dokumen yang diperlukan oleh auditor untuk audit.
10) Menyediakan senarai gaji dan rekod berkaitan gaji staf dan pekerja untuk syarikat.
11) Membuat cek, menunaikan cek dan mengeluarkan resit.
12) Pembukaan akaun bank yang baru dan kemaskini akaun (berurusan dengan pihak bank).
13) Menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab segala pertanyaan berkaitan cukai.
14) Pengunaan sistem dan kemasukan data dalam sistem perakaunan syarikat (accounting system).
15) Merekodkan semua aset syarikat
16) Membuat pembayaran expenses bulanan syarikat seperti bil air, elektrik, internet, KWSP, SOSCO, pembayaran kepada vendor dan panel-panel hospital dan klinik dan lain-lain.
17) Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.
18) Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh majikan.

**Salary**: RM2,500.00 - RM3,500.00 per month

**Benefits**:

- Maternity leave
- Meal allowance
- Meal provided
- Parental leave

Schedule:

- Monday to Friday

Supplemental pay types:

- Commission pay
- Yearly bonus


  • Eksekutif Akaun

    4 weeks ago


    Ampang, Malaysia KOP PEKEBUN KECIL GETAH NASIONAL BHD Full time

    Membantu Ketua Jabatan Kewangan & Perakaunan. Menyelaras perakaunan Syarikat WAWASAN KORPORAT NARSCO menjadi sebuah koperasi yang teguh, dinamik dan cemerlang sejajar dengan wawasan negara. MISI KORPORAT Untuk meningkatkan nilai pelaburan dan pulangan kepada klien berkepentingan dengan menambah baik secara berterusan kualiti produk dan perkhidmatan dalam...