Eksekutif Pereka Grafik

3 weeks ago


Cyberjaya, Malaysia Biovet International Sdn Bhd Full time

Biovet International merupakan syarikat pertama yang menawarkan pakej perkhidmatan pengurusan & penjagaan aset ternakan kambing/bebiri dengan ladang berfasiliti lengkap termasuk kepakaran teknikal veterinar. Juga merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan inovasi dalam menyediakan perkhidmatan teknologi robotik, RFID dan platform digital untuk memperkasa sektor penternakan. Biovet International juga amat komited dalam membantu Malaysia merancakkan lagi industri veterinar setanding dengan negara maju di serata dunia. Biovet International turut merangka strategi bagi menyumbang pertumbuhan Kadar Sara Diri (SSR) untuk pengeluaran daging ruminan kecil sekurang-kurangnya 50% menjelang tahun 2030.

**Tugas Pereka Grafik Eksekutif**

1. Membangunkan konsep kreatif dan reka bentuk grafik untuk pelbagai projek seperti pengiklanan, pemasaran, dan media sosial.

2. Mencipta imej, ilustrasi, dan elemen grafik yang berkualiti tinggi mengikut keperluan projek dan klien.

3. Menghasilkan reka bentuk untuk bahan cetakan seperti brosur, risalah, poster, dan bahan promosi lain.

4. Memastikan keselarasan visual dan identiti korporat dalam setiap rekaan yang dihasilkan.

5. Berkolaborasi dengan pasukan pemasaran dan pengurusan untuk memahami keperluan projek dan menyampaikan konsep yang sesuai.

6. Mengemaskini dan memperbaiki reka bentuk yang sedia ada mengikut perubahan dan maklum balas.

7. Menyelidik trend terkini dalam reka bentuk grafik dan menggunakan teknik dan perisian yang sesuai untuk mencapai matlamat kreatif.

8. Membuat penilaian yang kritis terhadap rekaan sendiri dan rekaan pasukan untuk memastikan kualiti dan keberkesanan komunikasi.

9. Berkomunikasi secara efektif dengan klien, pasukan dalaman, dan vendor luar untuk memastikan objektif projek tercapai dengan jayanya.

10. Menguruskan pelaksanaan projek dari awal hingga akhir, termasuk perancangan, pembangunan, dan penyampaian akhir produk.

**Kriteria Minima**:
1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh tutup permohonan;
2. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ; atau

3. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Grafik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
4. Mempunyai telefon, laptop, lesen memandu dan kemudahan pengangkutan sendiri;
5. Bersedia untuk penempatan ke cawangan ladang/syarikat yang lain jika perlu;
6. Bersedia untuk bekerja mengikut syif yang telah ditetapkan oleh syarikat (sekiranya ada);
7. Mampu berdikari dan tidak berkira dengan syarikat semasa menjalankan tugasan

.**Kriteria Tambahan**:
1. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan teliti semasa menjalankan tugas

2. Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kronik yang boleh menjejaskan gerak kerja

3. Mampu memberikan komitmen terbaik sebagai seorang eksekutif Media Sosial dan bersedia untuk hadir bekerja selepas waktu pejabat sekiranya diperlukan di syarikat.

**Manfaat diperoleh**:
1. Tempoh percubaan/kontrak yang singkat, hanya 3 ke 6 bulan. Berpeluang cerah untuk diserap sebagai kakitangan tetap jika kualiti kerja sangat cemerlang dan sikap bekerja sangat baik, berdisplin patuh pada SOP syarikat

2. Syarikat membuat caruman Perlindungan PERKESO dan SIP sepanjang tempoh percubaan sahaja.Caruman KWSP dipotong setelah mendapat taraf lantikan tetap.

3. Syarikat menyediakan kemudahan untuk melaksanakan bayaran zakat bagi pihak kakitangan.

4. Manfaat cuti rehat/tahunan/sakit minimum keseluruhannya sebanyak 7 hari setahun (tidak termasuk cuti umum/cuti syarikat).

Berminat? Sila hantar resume dan portfolio anda kepada:
**Puan Ziela HR Biovet 010-446 5210**

Pay: RM2,000.00 - RM3,500.00 per month

**Benefits**:

- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
- Professional development

Schedule:

- Day shift
- Monday to Friday

Ability to commute/relocate:

- Cyberjaya: Reliably commute or planning to relocate before starting work (preferred)

**Education**:

- Diploma/Advanced Diploma (preferred)

**Experience**:

- Graphic design: 2 years (preferred)

License/Certification:

- B2, D (preferred)

Willingness to travel:

- 50% (preferred)



  • Cyberjaya, Selangor, Malaysia Biovet International Sdn Bhd Full time

    Biovet International merupakan syarikat pertama yang menawarkan pakej perkhidmatan pengurusan & penjagaan aset ternakan kambing/bebiri dengan ladang berfasiliti lengkap termasuk kepakaran teknikal veterinar. Juga merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan inovasi dalam menyediakan perkhidmatan teknologi robotik, RFID dan platform...