Akaun Eksekutif

3 weeks ago


Wangsa Maju, Malaysia ADDAR GLOBAL SDN BHD Full time

**SKOP KERJA AKAUN EKSEKUTIF**

1) Bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan dengan akaun dan transaksi GL & RL seperti invois, lejer, delivery order, nota debit dan memantau transaksi harian.

2) Menutup akaun kewangan pada setiap bulan atau pada tempoh yang telah ditetapkan contohnya suku tahun, setengah tahun dan sebagainya.

3) Menyediakan laporan kewangan harian, bulanan, suku tahun dan tahunan jika perlu.

4) Menyediakan laporan kewangan yang lengkap iaitu kunci kira-kira, balance sheet, income statement, profit and loss (P&L), aliran dan lain-lain laporan (full set account).

5) Membuat catatan, rekod keluar masuk tunai (debit atau kredit) dan membuat analisa pengiraan yang sewajarnya keatas kewangan syarikat.

6) Mengekalkan kawalan perakaunan dengan menyediakan dan mengesyorkan dasar dan prosedur.

7) Mengira kos pengendalian dan pengeluaran.

8) Menguruskan fail dan dokumentasi akaun (P&C filing).

9) Membantu auditor dalam hal-hal berkaitan audit dan menyediakan dokumen yang diperlukan oleh auditor untuk audit.

10) Menyediakan senarai gaji dan rekod berkaitan gaji staf dan pekerja untuk syarikat.

11) Membuat cek, menunaikan cek dan mengeluarkan resit.

12) Pembukaan akaun bank yang baru dan kemaskini akaun (berurusan dengan pihak bank).

13) Menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab segala pertanyaan berkaitan cukai.

14) Pengunaan sistem dan kemasukan data dalam sistem perakaunan syarikat (accounting system).

15) Merekodkan semua aset Syarikat

16) Membuat pembayaran expenses bulanan syarikat seperti bil air, elektrik, internet, KWSP, SOSCO, pembayaran kepada vendor dan panel-panel hospital dan klinik dan lain-lain.

17) Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun

pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

18) Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh majikan.

**KELAYAKAN**

1) Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah dalam bidang Perakaunan/Kewangan atau yang setaraf dengannya.

2) Boleh memandu kereta dan mempunyai lesen kereta (urusan bank dan lain-lain) jika mempunyai kenderaan sendiri lebih baik.

3) Boleh bekerja lebih masa untuk menyiapkan tugasan (balik lewat).

4) Boleh berkomunikasi dengan baik.

5) Boleh bekerja di luar kawasan (outstation).

6) Perlulah fasih berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

7) Sekurang-kurangnya 4 atau 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan diperlukan untuk jawatan ini. Jika tiada pengalaman juga boleh memohon.

8) Mempunyai peribadi yang baik seperti amanah, bertanggungjawab dan komited.

9) Boleh mengikuti arahan dengan baik dan teliti.

10) Mahir menggunakan system Autocount atau apa-apa system berkaitan akaun

**Salary**: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month

**Benefits**:

- Additional leave
- Maternity leave

Schedule:

- Monday to Friday

**Education**:

- Bachelor's (preferred)

**Experience**:

- 5G: 4 years (preferred)