Marketing Content

1 week ago


Kelantan, Malaysia MYR CONSTRUCTION SDN BHD Full time

Jawatan : MARKETING CONTENT

Misi : Mempromosikan dan Mengiklankan produk & perkhidmatan, serta membuat penyelidikan pasaran.
Fokus : Keutamaan pada bisnes dalam talian & reka bentuk dalam Media Digital (Konsistensi membina kepercayaan).
Target : Menjangkau lebih ramai orang serta mencari sebanyak mungkin pelanggan berpotensi untuk menjadi pembeli.

Pengenalan Tugasan:
Tugas dan Tanggungjawab:
Tugas Jabatan Pemasaran adalah tentang melibatkan usaha untuk mengenal pasti permintaan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat serta pesaing, dan mencari pelanggan yang berpotensi. Selain itu juga jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang strategi dengan tujuan untuk meningkatkan keuntungan syarikat sambil memastikan pelanggan syarikat memberikan sepenuh kepercayaan dan berasa berpuas hati. Jabatan Pemasaran juga perlu mengawasi pembangunan produk dan sentiasa memantau trend untuk mengenal pasti keperluan bagi produk dan perkhidmatan baru.

1. Menulis teks kreatif dan menarik untuk iklan, pos media sosial, blog, dll.
2. Mencipta konten yang relevan dan menarik.
3. Mempunyai asas pereka cipta serta menyuntingan gambar dan video untuk tujuan konten pemasaran.
4. Berkomunikasi dan berhubung dengan pengikut dengan cara yang berkesan terutama kaedah video live dan video recording.
5. Mencari dan mengumpul konten-konten baru.
6. Menguruskan dan memantau pengunaan media sosial terutama tiktok dan instagram.
7. Lawatan ke rumah pelanggan dan tapak projek untuk membina hubungan dan menghasilkan konten serta testimoni.
8. Menghasilkan penceritaan yang menarik demi menghubungkan pengikut dengan syarikat.
9. Membuat live dia media sosial secara konsisten.
10. Mendapatkan feedback dan testimoni pelanggan sebagai bahan konten yang paling berkesan.
11. Membantu menyediakan konten di event yang dijalankan oleh pihak syarikat.

Kelayakan dan Syarat yang diperlukan:
1. Memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang Jurnalisme, Komunikasi, atau bidang berkaitan mungkin menjadi nilai tambah.
2. Kebolehan untuk menulis dengan baik dan kepetahan berkomunikasi dengan jelas dan yakin adalah keutamaan.
3. Kemampuan untuk berfikir secara kreatif dan menghasilkan idea-idea baru yang menarik bagi membina konten.
4. Kemampuan untuk bekerjasama dengan pasukan kreatif lain seperti pasukan jualan dan pasukan designer untuk menghasilkan kandungan konten yang holistik.
5. Kemampuan untuk menulis tentang pelbagai topik dan menyesuaikan gaya penulisan dengan target audiens yang berbeza termasuk kemahiran tatabahasa, ejaan, dan gaya penulisan yang menarik.
6. Memahami asas-asas SEO (Search Engine Optimization) untuk meningkatkan penglihatan kandungan dalam hasil carian enjin pencari.
7. Kemahiran dalam asas reka bentuk grafik, penyuntingan video, dan penghasilan kandungan multimedia yang berkualiti.
8. Memahami cara penggunaan dan strategi pemasaran untuk pelbagai platform media sosial terutama tiktok dan instagram.

**Job Details**

**JOB INFO & REQUIREMENT**
- Contract Type- Full-time- Job Type- Executive- Experience Level- 1-3 years- Job Categories- Marketing/PR/Designers- Minimum Education Required- Memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang Jurnalisme, Komunikasi, atau bidang berkaitan mungkin menjadi nilai tambah.- Language Required- Bahasa Malaysia, English- Nationality Preferred- Malaysians Only- Gender Preferred- All Genders- Own Transport- Car/Van**SALARY & OTHER BENEFITS**
- Salary

**RM 1,500 to RM 5,000 per month