Timbalan Setiausaha, Kumpulan Khidmat Korporat Gred

2 weeks ago


Kuala Lumpur, Malaysia The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) Full time

**Kelayakan**:
i. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang, Sains Sosial, Hubungan Antarabangsa, atau bidang yang berkaitan dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;
ii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
iii. Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10-15 tahun dalam bidang pengurusan, kewangan dan sumber manusia serta pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia;
iv. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; dan

v. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan mampu bekerja secara berpasukan di bawah penyeliaan yang mínima.

**Kekosongan**:
1 Kekosongan

**Tanggungjawab**:
i. Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kewangan serta kawalan belanjawan Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan secara keseluruhan;
ii. Mengawalselia operasi Bahagian Pengurusan dan Kewangan serta Bahagian Sumber Manusia;
iii. Menguruskan dan mengawal peruntukan geran tahunan serta memastikan pematuhan terhadap tatacara dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa;
iv. Membangun dan menyelaras penyediaan dasar/polisi/tatacara/peraturan Suruhanjaya berkaitan pentadbiran, kewangan dan sumber manusia;
v. Mengurus dan merancang keperluan sumber manusia;
vi. Mengurus dan menyelaras laporan berkaitan pentadbiran, kewangan dan sumber manusia kepada pihak-pihak berpekentingan;
vii. Menyelaras mesyuarat jawatakuasa tetap dan ad-hoc berkaitan pentadbiran dan kewangan serta sumber manusia;
viii. Menyelaras penyediaan laporan aktiviti bahagian yang berkaitan untuk Laporan Tahunan SUHAKAM;
ix. Melaksanakan Workplan tahunan dan Plan Strategik SUHAKAM.

**Cara Memohon**:
Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) melalui pos atau melalui serahan tangan sebelum atau pada 10 Mei 2024 (Jumaat) kepada:
**Setiausaha**

**Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia**

**Tingkat 11, Menara TH Perdana,**

**1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.**

**(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)**

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungai Puan Nurulhidayati Masdim di talian 03-2612 5600



  • Kuala Lumpur, Malaysia Koperasi Pos Nasional Berhad Full time

    Bersiap sedia untuk majlis-majlis rasmi bagi penyediaan bulletin buku laporan. - Mentadbir dan menyelaraskan papan bulletin KOPONAS - Menyediakan artikel-artikel atau informasi menarik di laman sosial media untuk makluman anggota-anggota. - Menyediakan grafik yang bersesuaian untuk menyokong artikel/iklan/informasi di dalam sosial media. - Menyedia kandungan...


  • Kuala Lumpur, Malaysia Billmount Sdn bhd Full time

    _**Jawatan : Pegawai Kutipan**_ Lokasi : Bandar Seri Permaisuri (Berhampiran LRT Salak Selatan-50 meter) Kadar Gaji: RM 1500 - 2000 (Bergantung pengalaman di dalam bidang kutipan) Komisyen Insentif Kedatangan EPF + SOCSO + EIS Waktu Bekerja: Isnin - Jumaat (9.00pagi - 6.00ptg), Sabtu (9.00pagi - 1ptg) Keterangan Tugas: Bertanggungjawab untuk menghubungi...

  • Ketua Unit Takaful

    5 days ago


    Kuala Lumpur, Malaysia KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD Full time

    Jawatan : Pengurus/ Manager Gred: B3 (RM 3350 - RM 7800) Kumpulan: Penolong Pengurus Koperasi TNB adalah diantara Koperasi 10 terbaik di Malaysia. Ditubuhkan sejak 1951 dan Koperasi TNB terus mengorak langkah dalam menerajui bidang perniagaan yang memberi manfaat kepada anggota, pelanggan dan pihak berkepentingan. Unit Takaful KopTNB (KopTown Takaful)...


  • Kuala Lumpur, Malaysia Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad Full time

    a) Menyedia Laporan Kewangan bulanan dan sukuan, laporan naratif untuk laporan kewangan Pengurusan, draf Penyata Kewangan tahunan berserta nota kepada akaun untuk diaudit dan menyemak draf akhir laporan kewangan beraudit yang disediakan oleh Juruaudit Luar serta berurusan dengan Juruaudit Luar. b) Menyemak Analisa Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira dan...


  • Kuala Terengganu, Malaysia MUAZ FORCE SDN BHD Full time

    SKOP KERJA 1. Memastikan dan memantau proses tuntutan pembayaran kepada pelanggan berjalan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh syarikat. 2. Membantu kerja-kerja Pengurus Sumber Manusia dan Pengurusan Kredit serta Pengurus Kanan Akaun dan Kewangan. 3. Memastikan gaji disemak sebelum masa yang ditetapkan untuk pembayaran. 4. Membantu kerja-kerja...