Penolong Pengurus Cawangan

2 weeks ago


Sandakan, Malaysia KOPERASI CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD Full time

a. Bertanggungjawab untuk membantu Pengurus Cawangan menguruskan dan memastikan perjalanan operasi cawangan sentiasa di dalam keadaan teratur, mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. b. Bertanggungjawab membantu memastikan semua kakitangan berdisplin, mematuhi arahan dan mempunyai daya inisiatif untuk sentiasa berusaha memajukan cawangan khasnya dan CBP amnya. c. Menyediakan kedudukan tunai harian di cawangan dan memastikan kedudukan baki tunai fizikal sama dengan laporan di bahagian operasi. d. Menyediakan penyata penyesuaian bank secara harian, mingguan dan bulanan. e. Menyemak laporan-laporan yang berkaitan dan memastikan setiap transaksi dipindahkan ke lejer akaun yang betul setiap hari untuk disemak dan disahkan oleh Pengurus Cawangan. f. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad. Visi Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia Misi Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:

- 1) Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota 2) Meningkatkan kebajikan anggota 3) Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti 4) Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Bachelor's or Equivalent