
Pembantu Akaun
2 weeks ago
**Deskripsi kerja**:
1. Bertanggungjawab memfail dan mengemaskini dokumentasi berkaitan kewangan dan pentadbiran;
2. Menyedia dan mengemaskini jadual pembayaran dan jualan dari semasa ke semasa serta peka terhadap transaksi kewangan berkala harian/mingguan/bulanan/tahunan;
3. Mengisi maklumat transaksi bayaran sebagai ‘bank maker’ bagi pembayaran perbelanjaan operasi dan invois pembelian;
4. Menyemak, menyediakan dan mengemaskini rekonsiliasi bank, pemiutang dan penghutang;
5. Bertanggungjawab dalam penyediaan informasi data berkaitan hal ehwal kewangan bagi keperluan syarikat dan pihak-pihak berkaitan (bank, audit, LHDN dll);
6. Menyediakan dan mengemaskini laporan (bulanan/harian) berkaitan hal ehwal kewangan dan pentadbiran dari semasa ke semasa;
7. Memastikan data kewangan syarikat diselenggara dan dikemaskini dari semasa ke semasa;
8. Memproses dan menyediakan pembayaran bagi claim pekerja
9. Membantu dalam penutupan akaun bulanan kewangan syarikat.
10. Membantu dalam penyediaan tugasan-tugasan ad-hoc
**Keperluan pekerjaan**:
1) Minimum Diploma/Ijazah Finance atau Perakaunan
2) Min. 1-2 tahun pengalaman bekerja dalam junior audit/junior akauntan/eksekutif kewangan
3) Berpengalaman menggunakan sistem perakaunan Autocount/Quickbook/MYOB amat digalakkan
4) Mahir menggunakan program Microsoft Office
5) Penguasaan yang baik dalam penulisan dan pertuturan dalam bahasa melayu dan inggeris
6) Dapat respon kepada sebarang pertanyaan dari pembekal/pihak pengurusan atasan walaupun selepas waktu pejabat/hujung minggu/cuti umum.
7) Boleh melakukan pelbagai tugasan dalam satu-satu masa, tersusun dan kemas
8) Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik dan juga mempunyai sikap yang positif.
9) Mampu bekerja di bawah tekanan dan memenuhi tugasan pada tarikh akhir.
10) Komitmen untuk bekerja lebih keras dalam memberikan hasil.
**Faedah**:
1) Bimbingan/latihan berterusan
2) Persekitaran kerja yang sangat mesra
3) Sesi pembinaan pasukan tahunan
4) KWSP/PERKESO/EIS
Kemasukan SEGERA
Calon dengan resume sahaja akan dipertimbangkan.
Anda boleh menghubungi kami di talian 019-3936310 (Encik Azfaris)
**VISI**:
Menjadi jenama pilihan Muslimah di Malaysia, Singapore, Brunei dan Philipine dalam segmen tudung sarung dan instant shawl.
**MISI**:
- Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pelanggan
- Menghargai pelanggan sedia ada
- Menjadikan Marshmallowscarf sebagai jenama yang berada 5 tangga teratas dalam minda pelanggan
- Membuatkan pelanggan rasa sayang dan percaya dengan Marshmallowscarf.
**GOALS**:
- Menyumbang zakat minimum RM20,000 selepas Julai 2021
- Mencapai sasaran jualan RM4.3juta dalam tempoh July 2020-Jun 2021 (atau jualan sebanyak RM358,000 sebulan)
- Mencapai keuntungan 15% daripada hasil jualan
- Memulangkan semula sekurang-kurangnya 1/3 daripada jumlah laburan kepada pelabur
- Memberi bonus kepada pekerja yang cemerlang
- Memberi pelbagai reward dan insentif kepada pekerja
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5
-
Pembantu Akaun
1 week ago
Kajang, Malaysia G.GARUDA SECURITY SERVICES SDN.BHD Full timeJOB SCOPE - Receive payment, invoicing, payment voucher. - Prepare any work in accounting & related to office works. - In charge to monthly payments and staff claims, including payroll. - In charge of payroll administration and make all necessary coordination - Documents financial transactions by entering account information and recommends financial actions...