Penolong Setiausaha Gred 41, Bahagian Koordinasi

2 weeks ago


Kuala Lumpur, Malaysia The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) Full time

**Kelayakan**:
i. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Hubungan Antarabangsa, Sains Sosial atau mana-mana bidang setaraf dari Universiti dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;
ii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
iii. Kelebihan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan praktikal mengenai isu-isu hak asasi manusia, terutamanya dalam bidang hak asasi dan hubungan antarabangsa, Mekanisme PBB dan sebagainya;
iv. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
v. Mampu bekerja dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum.

**Kekosongan Jawatan**:

- 1 Kekosongan

**Tanggungjawab**:
i. Bertanggungjawab untuk isu berkaitan akreditasi semula SUHAKAM serta memantau dan merekodkan aktiviti yang telah dijalankan bagi melaksanakan syor-syor yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Kecil Akreditasi (SCA);
ii. Membantu dalam hal ehwal komunikasi antara Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya;
iii. Menyelaraskan kerjasama dengan pihak dalam negeri seperti Kementerian, Agensi Kerajaan, badan bukan kerajaan dan mana-mana pihak berkepentingan.

**Cara Memohon**:
Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) melalui pos atau melalui serahan tangan **sebelum atau pada 10 Mei 2024 (Jumaat) **kepada:
**Setiausaha**

**Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia**

**Tingkat 11, Menara TH Perdana,**

**1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.**

**(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)**

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungai Puan Nurulhidayati Masdim di talian 03-2612 5600.



  • Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia The Human Rights Commission Of Malaysia Full time

    Kelayakan: i. Diploma atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya; ii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya; iii. Mempunyai pengalaman dalam aktiviti...

  • Ketua Unit Takaful

    5 days ago


    Kuala Lumpur, Malaysia KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD Full time

    Jawatan : Pengurus/ Manager Gred: B3 (RM 3350 - RM 7800) Kumpulan: Penolong Pengurus Koperasi TNB adalah diantara Koperasi 10 terbaik di Malaysia. Ditubuhkan sejak 1951 dan Koperasi TNB terus mengorak langkah dalam menerajui bidang perniagaan yang memberi manfaat kepada anggota, pelanggan dan pihak berkepentingan. Unit Takaful KopTNB (KopTown Takaful)...