Ketua Unit Pentadbiran Kredit

2 weeks ago


Sandakan, Malaysia KOPERASI CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD Full time

a. Memastikan pembiayaan yang telah diluluskan dikeluarkan sepertimana yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Operasi (GPO). b. Memastikan semua dokumen berkaitan pembiayaan dilengkapkan dan difailkan dengan baik. c. Bertanggungjawab menguruskan dokumentasi semua pembiayaan disempurnakan sepenuhnya. d. Menyemak semua dokumentasi pembiayaan yang disediakan dan memastikan surat jaminan, dokumentasi pembiayaan lain disetemkan dalam tempoh yang dibenarkan. e. Memastikan semua syarat dalam surat tawaran dan syarat sebelum pengeluaran dipenuhi sebelum pembiayaan dikeluarkan. f. Menyemak, memantau dan menjalankan kerja kutipan dan susulan bagi mengelak akaun-akaun tidak memasuki kategori Pembiayaan Tidak Berbayar (PTB) mengikut sasaran yang ditetapkan. g. Menyediakan laporan bulanan dan semasa mengenai akaun pembiayaan tidak berbayar di cawangan seperti yang ditetapkan. h. Mengawal dan memantau akaun bertunggakan dan PTB mengikut Garis Panduan Operasi (GPO) unit kawalan.
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad. Visi Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia Misi Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:

- 1) Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota 2) Meningkatkan kebajikan anggota 3) Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti 4) Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5