Guru Sekolah Rendah

2 weeks ago


Teluk Panglima Garang, Malaysia Sekolah Rendah Islam Integrasi Pintar El-Khawarizmi Full time

Kelayakan:

- **Berpengalaman mengajar murid**:

- Seorang yang berdisiplin
- Boleh bekerja dalam pasukan
- Cepat belajar sesuatu yang baru
- Pemakaian yang kemas
- Lelaki atau perempuan beragama Islam

Tugasan:

- Merancang, menyediakan dan menyampaikan aktiviti pembelajaran yang mudah, berkesan dan efisien.
- Membuat perancangan persediaan mengajar.
- Mahir berkomunikasi secara objektif dengan jelas untuk semua aktiviti pembelajaran.
- Kreatif menyediakan pelbagai bahan pembelajaran dan sumber untuk digunakan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan / aktiviti kelas.
- Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan pengajaran dan kaedah yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza peringkat umur.
- Memberi garis panduan dan memantau pelajar dalam penggunaan bahan - bahan pembelajaran dan peralatan.
- Menggunakan teknologi yang berkaitan untuk menyokong pembelajaran.
- Memerhati, menilai prestasi dan pembangunan setiap pelajar.
- Memberi arahan mengikut gred kelas yang bersesuaian untuk kerja rumah, ujian dan tugasan lain.
- Menggalakkan dan memantau kemajuan setiap pelajar.
- Menyimpan rekod yang tepat dan lengkap tentang kemajuan dan pembangunan pelajar.
- Mengemas kini semua rekod yang diperlukan dengan tepat dan lengkap seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, dasar pengurusan dan peraturan sekolah.
- Menyediakan laporan berkaitan aktiviti, akademik, penilaian prestasi yang diperlukan oleh pelajar.

**Salary**: From RM1,600.00 per month

Schedule:

- Monday to Friday
- On call

**Education**:

- Bachelor's (preferred)