Eksekutif / Penolong Pengurus

3 months ago


Kota Bharu, Malaysia PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN Full time

1. Menjalankan tugas perundangan termasuk meneliti dan menyemak dokumentasi/surat cara/ memorandum persefahaman/ perjanjian selaras dengan Perlembagaan Persekututan, Perlembagaan Negeri, undang-undang, dasar dan arahan-arahan yang berkuat kuasa. 2. Memberi nasihat/pandangan undang-undang secara lisan dan bertulis selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, undang-undang, dasar dan arahan-arahan yang berkuat kuasa. 3. Membuat penyelidikan, kajian undang-undang, penggubalan dan penyemakan dokumen undang-undang PMBK. 4. Meneliti, membuat semakan dan pemantauan bagi kes-kes melibatkan PMBK dan Kumpulan yang dikendalikan oleh peguam. 5. Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran Jabatan Undang-Undang PMBK. 6. Menjalankan tugas-tugas dan fungsi lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Pemerbadanan Tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan. PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri. Dalam menjalankan amanah dan tanggung-jawab, PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini. VISI PMBK Menjadi agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri yang berprestasi tinggi dan berwibawa. MISI PMBK Mengambil alih, memegang dan membangun aset strategik bagi pihak kerajaan negeri, dengan meningkatkan nilai pegangan dan pulangan pelaburan melalui pengurusan aset dan penglibatan komersil yang efektif berlandaskan syariah, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat. MOTO PMBK "Untung Dunia, Untung Akhirat”
Bachelor's or Equivalent


  • Penolong Pengurus

    3 months ago


    Kota Kinabalu, Malaysia Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Full time

    **Kelayakan / Pengalaman** - Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Pengurusan Koperasi / Pengurusan Perniagaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berpengalaman 5 tahun dalam bidang berkaitan. - Perkembangan positif perniagaan adalah diutamakan. - Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan sentiasa peka dengan perkembangan...


  • Kota Bharu, Malaysia De Metrology Sdn. Bhd. Full time

    De Metrology Sdn Bhd (DMSB) merupakan sebuah syarikat yang berkembang pesat dan entiti yang dilesenkan oleh kerajaan untuk melaksanakan penentusahan(verification) alat-alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan. DMSB mempunyai 34 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hampir di setiap negeri dengan jumlah pekerja melebihi...

  • Penolong Pengurus

    3 months ago


    Kota Kinabalu, Malaysia Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Full time

    **資格/經驗** - 擁有會計/合作管理/商業管理學士學位或認可的同等資格,並在相關領域擁有 5 年經驗。 - 優先考慮積極的業務發展。 - 具有出色的領導特質,並且始終了解當前的發展。 - 與政府/私人機構有良好關係者優先 **工作領域** 信貸與金融服務科 -...