Pegawai Pentadbiran Kredit

2 weeks ago


Kuching, Malaysia KOPERASI CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD Full time

1. Memastikan pembiayaan yang telah diluluskan dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan sepertimana Garis Panduan Operasi (GPO). 2. Bertanggungjawab menguruskan dokumentasi semua pembiayaan seperti penerimaan tawaran, semakan borang BPA, borang arahan tetap, penyediaan surat-surat perjanjian dan jaminan, urusan gadaian, urusan dengan peguam sehinggalah urusan dokumentasi disempurnakan dengan sepenuhnya. 3. Memastikan proses pengeluaran pembiayaan dipantau dan disemak dari masa kesemasa terutamanya yang melibatkan pembiayaan perumahan. 4. Memastikan semua dokumen sekuriti bagi pembiayaan diuruskan dengan baik dan ditempatkan dengan selamat. 4. Sentiasa menyemak semua dokumentasi pembiayaan yang disediakan dan memastikan surat jaminan, dokumentasi pembiayaan lain disetemkan dalam tempoh yang dibenarkan. 5. Memastikan semua dokumen berkaitan pembiayaan dilengkapkan dan difailkan dengan baik.
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad. Visi Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia Misi Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:

- 1) Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota 2) Meningkatkan kebajikan anggota 3) Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti 4) Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5