Kerani

3 weeks ago


Pahang, Malaysia BALORA BROTHERS SDN BHD Full time

1. Mengimbangi akaun atau apa yang lazim dikenali sebagai penyimpanan buku kemasukan berganda 2. Melengkapkan pulangan cukai 3. Menyediakan akaun akhir, seperti akaun untung rugi, kunci kira-kira, memproses invois jualan, resit dan pembayaran 4. Menyediakan kenyataan yang menunjukkan pendapatan dan pengeluaran syarikat atau jabatan 5. Menyediakan gaji dan tuntutan perbelanjaan 6. Memastikan setiap pergerakan keluar dan masuk kewangan syarikat direkodkan dengan betul dan seimbang. 7.Membuat system pemfailan dengan kemas 8. Memberi sokongan pentadbiran kepada akauntan 9. Berkebolehan menggunakan sistem perakaunan berkomputer - sistem UBS 10. Menguruskan dan menyelesaikan kerja-kerja tambahan “ad hoc” yang diarahkan oleh pihak atasan.
VISI Untuk menjadi sebuah organisasi dan syarikat yang terulung, dinamik serta berdaya saing menerusi pakatan berpasukan yang teguh dan mantap serta syarikat yang terbaik di Malaysia dalam membekalkan alatan pertanian dan juga penternakan terutama sekali tentang penggunaan pagar Cyclone di setiap ladang yang ada di Malaysia serta antarabangsa. MISI - Mengukuhkan dan memperluaskan perniagaan barangan yang sedia ada - Mengkaji, meneroka & menyusun strategi pasaran barangan baru. - Menambah pembekal serta pelanggan demi kelancaran dan kemajuan perniagaan. - Membangunkan perniagaan seimbang di antara perniagaan ‘online’ dan ‘walk-in’ - Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas dan fleksibel bagi mencapai tahap kepuasan penggunaan seratus peratus. DASAR & OBJEKTIF: - Memperkenalkan barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. - Menjalinkan hubungan mesra dengan pelanggan dan berusaha menyelesaikan masalah keperluan barangan mengikut citarasa pengguna. - Meluaskan pasaran di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa - Membangunkan pasukan khas 'online - Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan. - Pengendalian segala urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan penggarapan nilai murni di antara pembekal dan para pelanggan. - Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5