Pengurus Kanan Kewangaan Gred M2

2 weeks ago


Petaling Jaya, Malaysia Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Full time

**Kelayakan / Pengalaman:

- **
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berpengalaman 6 tahun di peringkat pengurusan.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang perakaunan dengan kelayakan kewangan (ACCA / CIMA / CA / CPA).
- Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
- Bersedia melakukan tugasan di luar kawasan termasuk pada hujung minggu.

**Bidang Tugas**

**(i) BAHAGIAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN**
- Membantu Ketua Pegawai Kewangan (KPK) dalam menjalankan tugas-tugas secara bersendirian (Independent) dan berpasukan (teamwork).
- Seorang yang cukup bermotivasi atau bercita-cita tinggi untuk bekerja atas inisiatif sendiri tanpa memerlukan arahan.
- Kemampuan untuk mengenalpasti dan melaksanakan kawalan dalaman terhadap proses kerja.
- Bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan termasuk ANGKASA Cawangan Negeri berdasarkan prinsip dan Piawaian Perakaunan dan juga bertanggungjawab memastikan kawalan prosedur perakaunan yang sesuai dilaksanakan.
- Menyelaraskan aktiviti perolehan memastikan semua aktiviti sesuai dengan kepentingan perkhidmatan ANGKASA, merancang, mengawalselia, memantau dan menyelaras perjalanan kerja semua kakitangan di Bahagian Kewangan & Perolehan.
- Mempunyai kemahiran analitikal dan konseptual untuk merancang anggaran projek, jadual waktu aktiviti yang dipersetujui dan mengawasi aktiviti kakitangan.
- Boleh mengetuai pasukan dengan baik, fleksibel dan mampu bekerjasama dengan semua Bahagian.
- Kemahiran komputer yang baik, termasuk memahami Pakej Perisian Kewangan, Microsoft Word dan Microsoft Excel sangat penting serta kemahiran membuat pembentangan kertas kerja / kertas cadangan.
- Mengkaji semua laporan kewangan bulanan yang disediakan oleh pasukan kewangan sebelum diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan termasuk kajian semula transaksi lejar umum, rekonsiliasi rekod perbankan dan maklumat kewangan lain yang berkaitan.