Guru Diniyyah
2 days ago
1. Melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPc) mengikut subjek dan kelas yang telah ditetapkan. 2. Menyediakan rancangan pengajaran harian dan tahunan. 3. Menyediakan laporan pengajaran harian dan tahunan. 4. Menyediakan laporan prestasi pelajar mengikut subjek dan kelas. 5. Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan pelajar. 6. Mengawalselia hal ehwal keselamatan pelajar. 7. Membantu menyediakan bahan-bahan berkaitan tujuan aktiviti pemasaran sekolah sekiranya diperlukan.
Pusat Pendidikan Al-Faizeen Sdn Bhd (PPAFSB) adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmat pembelajaran dan pendidikan integratif dan bersepadu meliputi kurikulum akademik, agama dan tahfiz. PPAFSB mempunyai rangkaian sekolah rendah dan menengah di Selangor dan Putrajaya. Visi kami adalah ingin melahirkan generasi mukmin yang professional di kalangan pelajar kami dengan memberi dan menerapkan bukan sahaja pendidikan akademik malahan asuhan agama yang lebih menekankan aspek ilmu, amalan dan penghayatan dalam kehidupan seharian mereka. PPAFSB kini berkembang seiring dengan permintaan tinggi ibu bapa di luar sana yang inginkan pendidikan seimbang duniawi dan ukhrawi buat anak-anak.
Bachelor's or Equivalent