Pengurus Cawangan

2 weeks ago


Sandakan, Malaysia KOPERASI CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD Full time

a. Memastikan cawangan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. b. Melaksanakan strategi untuk mencapai matlamat cawangan mengikut Garis Panduan Operasi (GPO) CBP. c. Memastikan dan menguruskan perjalanan operasi perbankan cawangan sentiasa di dalam keadaan teratur dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. d. Memproses permohonan-permohonan pembiayaan yang diterima mengikut dasar-dasar dan polisi-polisi serta peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa. e. Mengatur, merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti pemasaran di peringkat Cawangan CBP. f. Memastikan pematuhan dengan semua kawalan dalaman dan garis panduan serta dasar dan prosedur yang ditetapkan. g. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad. Visi Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia Misi Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:

- 1) Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota 2) Meningkatkan kebajikan anggota 3) Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti 4) Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5