Pembantu Penerbitan

6 months ago


Sungai Buloh, Malaysia PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT) Full time

1. Membantu dalam pelaksanaan pelan komunikasi untuk menyokong program, kempen dan inisiatif Perbadanan. 2. Membantu dalam pengurusan dan pemantauan liputan media. 3. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kumpulan sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tidak hanya terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personal, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi, pengurusan rekod dan fail. 4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) atau kelulusan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan; atau ii. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang Multimedia dan Grafik yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; iii. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; iv. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan selama satu (1) tahun adalah satu kelebihan; v. Mempunyai kemahiran ínterpersonel yang tinggi dan berkebolehan berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat; vi. Berkebolehan mengendalikan kamera (rakaman foto dan video); vii. Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator; viii. Berkebolehan menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Blog dan lain-lain; dan ix. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan. Umur : Tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Taraf Jawatan : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract For Service) Tempoh Kontrak : 1 Tahun (Disambung mengikut keperluan)
VISI Menjadi Pusat Kecemerlangan Kemahiran Tinggi MISI Memantapkan Sosioekonomi Veteran ATM FUNGSI Menjalankan dan menguruskan apa-apa bentuk aktiviti yang berhubungan dengan program latihan bagi Personel Bersara dan Personal Akan Bersara; dan Untuk mengadakan kemudahan latihan dan mengawal serta mengawasi pelaksanaan program latihan itu
SPM / O Level / SKM Level 1 / SKM Level 2 / SKM Level 3 or Equivalent