Pengurus Cawangan

6 months ago


Wangsa Maju, Malaysia Seri Wajah Muslimah Sdn Bhd Full time

**Mengenai Kami**

Seri Wajah Muslimah Aesthetic mempunyai 13 cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor, Selatan dan Pantai Timur Malaysia, khusus untuk rawatan estetik ekslusif Muslimah. Komited dalam menyediakan ruang rawatan spa yang selamat dan privasi, kami menyediakan pengalaman memanjakan diri yang unik serta menggunakan teknologi terkini dan produk halal yang disahkan oleh ahli dermatologi. Pendekatan kami mendefinasikan semula rawatan kecantikan, menggabungkan inovasi moden dengan fokus kepada kesejahteraan pelanggan kami. Sertai kami di Seri Wajah Muslimah Aesthetic, di mana perjalanan kerjaya anda ke arah elegen moden dan penjagaan peribadi bermula.

**Apa Yang Kami Cari?**

Sebagai seorang pengurus cawangan, peranan yang dimainkan adalah kunci dalam mengawal dan menguruskan segala aspek operasi cawangan. Peranan utama anda adalah merangkumi penguruskan pasukan, memotivasikan mereka, dan memastikan keserasian di kalangan anggota pasukan. Selain itu, pengurus cawangan perlu menguruskan inventori, memastikan stok barang sentiasa mencukupi, serta menguruskan kewangan cawangan dengan teliti.

Anda juga mempunyai peranan penting dalam memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik serta membangunkan strategi untuk meningkatkan jualan dan pendapatan cawangan.

Secara keseluruhannya, pengurus cawangan memainkan peranan penting dalam menjaga kecekapan operasi harian, memastikan keseimbangan di antara keperluan pelanggan dan keuntungan perniagaan, serta memimpin pasukan menuju kearah pencapaian matlamat cawangan.

**Tanggungjawab Utama**:
**1) Pengurusan Pasukan**

Memimpin, membimbing, dan mengurus pasukan dengan efektif, menetapkan matlamat, memberikan arahan, dan memastikan semua ahli pasukan bekerja ke arah visi dan misi yang ditetapkan.

**2) Pengurusan Pelanggan**

Membina dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan, menyelesaikan masalah pelanggan, dan memastikan pelanggan mendapat servis perkhidmatan yang berkualiti.

**3) Pengurusan Harian Operasi Spa**

Bertanggungjawab memastikan bahawa operasi harian berjalan lancar. Ini termasuk pengurusan inventori, stok barang, penyusunan jadual kerja, dan pemantauan prestasi keseluruhan

**4) Merancang strategi pemasaran dan jualan**

Berkoordinasi dengan pasukan Sales & Marketing untuk merangka atau merancang strategi atau aktiviti jualan dan pemasaran.

Berkomunikasi dengan pelbagai jabatan dalam organisasi seperti jualan,kewangan, dan pengurusan untuk menyelaraskan usaha pemasaran dengan matlamat keseluruhan syarikat

**5) Pengurusan Kewangan**

Menyusun, mengawal, dan menguruskan aliran kewangan cawangan.

**6) Pelaporan & Analisis**

Bertanggungjawab untuk menyediakan laporan-laporan yang berkaitan cawangan.

**7) Pengurusan Inventori**

Memastikan stok produk untuk rawatan, jualan dan pameran mencukupi.

**Kriteria**:

- Diploma atau ijazah dalam pengurusan perniagaan dialu-alukan, tetapi tidak wajib sekiranya ada pengalaman kerja yang berkaitan.
- Mahir menggunakan komputer dan software microsoft office (word & excel).
- Mempunyai pengalaman dalam menguruskan pasukan.
- Mempunyai kemahiran dalam memimpin dan mengurus pasukan, memberi arahan, memberi sokongan, dan memotivasikan anggota pasukan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik, komited memastikan piawaian khidmat pelanggan yang tinggi dalam memupuk suasana mesra dan inklusif.
- Mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik dalam merancang, melaksanakan dan mengawal operasi cawangan.
- Mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang baik berkenaan industri kecantikan.

**Bagaimana untuk Memohon?**

**Salary**: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month

**Benefits**:

- Additional leave
- Meal allowance
- Opportunities for promotion
- Professional development

Supplemental pay types:

- Commission pay



  • Wangsa Maju, Malaysia Estetika Medispa Sdn Bhd Full time

    **JAWATAN KOSONG** **KEMASUKAN SEGERA !!** Kami mencari seorang Pengurus Spa/manager cum beauty consultant Sepenuh Masa di Estika Medispa Cawangan Wangsa Maju **Lokasi**: **Estika MEdispa Cawangan Wangsa Maju** 27, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur **Waktu Bekerja : 10.30 pagi - 7...

  • Spa Manager

    7 months ago


    Wangsa Maju, Malaysia Estetika Medispa Sdn Bhd Full time

    **JAWATAN KOSONG** **KEMASUKAN SEGERA !!** Kami mencari seorang Pengurus Spa/manager cum beauty consultant Sepenuh Masa di Estika Medispa Cawangan Wangsa Maju **Lokasi**: **Estika MEdispa Cawangan Wangsa Maju** 27, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur **Waktu Bekerja : 10.30 pagi - 7.00...

  • Manager

    7 months ago


    Wangsa Maju, Malaysia Estetika Medispa Sdn Bhd Full time

    JAWATAN KOSONG KEMASUKAN SEGERA !! Kami mencari seorang Pengurus Spa/manager cum beauty consultant Sepenuh Masa di Estika Medispa Cawangan Wangsa Maju. Lokasi : Wangsa Maju Gaji Basic EPF, Socso Dan Eis Kelebihan: Komisen jualan produk Komisen/Bonus capai target bulanan Kriteria: 1. Mempunyai pengalaman pengurusan spa/sales (pengalaman 1-2 tahun) 2....