Eksekutif Operasi

1 month ago


Bayan Lepas, Malaysia E2S SECURITY SERVICES SB Full time

**DESKRIPSI KERJA**
- Membuat pemeriksaan di seluruh pos kawalan yang dipertanggungjawabkan kepada anda dan mana-mana kawasan yang akan di arahkan oleh pegawai atasan atau pihak pengurusan kepada anda dari semasa ke semasa.
- Bertanggungjawab kepada operasi keseluruhan perkhidmatan kawalan keselamatan di premis pelanggan. Mengatur strategi untuk mengatasi masalah kecurian, kehilangan, penjaja dan perkara-perkara lain yang tidak diingin berlaku di kawasan jagaan anda atau di premis pelanggan.
- Membantu Pengurus di dalam urusan-urusan pentadbiran serta dalam urusan penghantaran pekerja.
- Memastikan peralatan keperluan dan kelengkapan di setiap pos memenuhi keperluan pelanggan, atau seperti yang dinyatakan dalam tender.
- Memahami dan mendapatkan peraturan kerja dan arahan daripada Pegawai Pengurus Cawangan, Pengurus Operasi dan Pengurus Besar untuk setiap projek dan menyampaikan atau menerangkan kepada pengawal keselamatan serta memastikan semua peraturan tersebut dilaksanakan pada setiap masa.
- Memastikan pengawal keselamatan berpakaian seragam lengkap (uniform) dan mencukupi mengikut keperluan pelanggan.
- Mengumpul timesheet, memastikan timesheet yang ditulis oleh PK adalah betul, dan hantar kepada pihak sumber manusia berserta semua borang sokongan seperti borang cuti, sijil cuti sakit dan lain-lain. Semua timesheet tersebut perlu di sahkan oleh pegawai operasi sebelum dihantar ke pihak sumber manusia.
- Segala peralatan syarikat seperti walkie-talkie, mesin perakam waktu, kekunci jam, dan semua peralatan lain yang dibekalkan oleh pihak syarikat mestilah dipelihara dengan baik dan anda perlu memberikan laporan ke pihak pengurusan “Purchasing Department”.
- Memastikan barang-barang milik pelanggan berada dalam keadaan sempurna dan baik dan sekiranya berlaku kecurian, kemalangan dan lain-lain di tempat bertugas, anda dikehendaki menjalankan siasatan awal dan sila buat laporan bertulis disamping melaporkan terus dengan kadar segera kepada Pengurus Operasi atau Pengurus Cawangan dan kepada pihak pelanggan sendiri.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurus Operasi / Pengurus Cawangan / Pengurus Besar.
- Menjaga tatatertib dan etika ketika bertugas seperti yang digariskan.

**Job Types**: Full-time, Permanent

**Salary**: RM2,800.00 - RM3,500.00 per month

**Benefits**:

- Opportunities for promotion
- Professional development

Expected Start Date: 03/25/2024