See more Collapse

Supervisor, Pengawasan @lembangan

3 months ago


Kuantan, Malaysia AirSelangor Full time

**RINGKASAN KERJA**

Untuk memastikan pencapaian terhadap KPI jabatan serta dasar dan objektif syarikat yang berkaitan dengan pemantauan air mentah, siasatan pencemaran dan lain-lain.

**TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA**

1. Membantu ketua (Associate I, II, III), mengkoordinasi kakitangan seliaan (Juruteknik) dan bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat dan menjalankan pengawasan sungai, kajian kebersihan sungai, siasatan pencemaran dan aktiviti pengawasan alam sekitar di lembanganlembangan sungai bagi mengenalpasti punca dan menangani pencemaran sumber air.
- **Pengawasan Sungai / Kajian Kebersihan Sungai **_
- Memastikan Juruteknik dan kakitangan seliaan menjalankan aktiviti persampelan air mentah di lembangan sungai yang telah ditetapkan.
- Menentukan lokasi dan akses yang sesuai untuk kerja-kerja persampelan.
- Mempraktikkan cara kerja yang selamat semasa kerja-kerja persampelan seperti penggunaan kon, jaket pantulan cahaya dan lampu keselamatan.
- Mempraktikkan penggunaan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang sesuai seperti sarung tangan, kasut keselamatan, jaket keselamatan dan lain-lain.
- Sentiasa memastikan keselamatan di lokasi persampelan berisiko tinggi seperti kawasan yang melibatkan aktiviti gangsterisme, tebing tinggi, semak dan lain-lain.
- Melaporkan kepada ketua melalui panggilan talipon atau ‘message’ sekiranya berlaku keadaan tidak normal terhadap sumber air semasa aktiviti persampelan dan rondaan.
- Memastikan aset dalam keadaan baik serta melakukan penyenggaraan secara berkala seperti mencuci, menggosok, membuang debris dan memotong dahan pokok.
- Memastikan peralatan seperti botol sampel, ‘cool box’, ‘swing sampler’ dan peralatan persampelan lain tersedia apabila diperlukan.
- Melaporkan kepada ketua sebarang kerosakan atau vendalisme terhadap aset di tapak.

**_Siasatan Pencemaran_**
- Bertanggungjawab bertindak dengan segera (termasuk selepas waktu bekerja, hujung mingg atau cuti umum) dan terus menuju ke lokasi kejadian pencemaran apabila laporan pencemaran diterima dari pihak atasan.
- Bertanggungjawab memeriksa kawasan kejadian pencemaran dengan mengambil gambar dan memberikan maklumat lokasi kepada pihak atasan.
- Sentiasa memastikan keselamatan dan penggunaan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) semasa menjalankan siasatan pencemaran di tapak (contoh: dalam hutan, kawasan licin dan berlumpur, longkang yang dalam, dll).
- Bertanggungjawab melakukan siasatan pencemaran dan pemantauan statik (syif 12 jam) sehingga siasatan selesai dan keadaan air mentah kembali normal.
- Memastikan persampelan dilakukan bagi isu yang melibatkan penutupan loji dan kes mahkamah seperti yang diarahkan.
- Membantu agensi-agensi seperti PDRM, LUAS, SPAN & JAS dalam menyelesaikan penyiasatan pencemaran air mentah.
- Bersedia dan tanggungjawab sebagai saksi semasa proses pengadilan sekiranya diperlukan.

2. Membantu Ibu Pejabat dalam menyalurkan maklumat, menjalankan sanitary survey, siasatan alam sekitar, dan pemantauan terhadap lembangan sungai bagi mengenalpasti kualiti air dan risiko pencemaran terhadap sumber air.

3. Bertanggungjawab untuk melakukan pengawasan dan penyiasatan mengenai isu pencemaran sama ada di dalam atau di luar negeri Selangor seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan.

4. Bertanggungjawab menjalankan ujian kualiti air di tapak (ujian bau dan lain-lain) dan memastikan rekod pengambilan sampel yang tepat dan lengkap terutamanya sekiranya berlaku pencemaran air mentah yang melibatkan penutupan loji atau gangguan operasi.

5. Memastikan pengambilan sampel air dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

6. Memastikan penghantaran sampel air ke makmal mengikut masa yang ditetapkan.

7. Memastikan Juruteknik dan kakitangan seliaan menjaga dan melindungi aset syarikat yang digunakan sewajarnya.

8. Memastikan Juruteknik dan kakitangan seliaan melakukan kemasan dan memastikan stok bahan habis guna seperti ‘reagen’, bateri dan lain-lain sentiasa tersedia untuk kegunaan persampelan.

9. Memastikan Juruteknik dan kakitangan seliaan melaksanakan dan merekod cerapan data di tapak untuk sektor industri, pertanian dan lain-lain bagi mengenalpasti risiko kepada sumber air.

10. Memastikan Juruteknik dan kakitangan seliaan menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas lain sebagaimana diarahkan oleh pihak pengurusan.

11. Lain - lain tugasan yang diarahkan oleh pihak pengurusan.

**_Pematuhan Kepada Sistem Pengurusan Bersepadu Air Selangor_** **(AIMS)**

1. Mematuhi polisi AIMS pada setiap masa dan mengambil bahagian dalam inisiatif berkaitan sistem pengurusan;
2. Memastikan objektif diwujudkan dalam sistem pengurusan, selaras dengan konteks dan hala tuju strategik organisasi;
3. Menyampaikan kepentingan keberkesanan sistem pengurusan dan keperluannya;
4. Memastikan sistem pengurusan dilaksanakan dengan berkesan dan dikemaskini; dan

5. Membantu menyelaras Pelan Tindakan Kecemasan (ERP), Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) semasa krisis/kecemasan.

**SPESIFIKASI**
- _Kelayakan


We have other current jobs related to this field that you can find below


  • Kuantan, Malaysia AirSelangor Full time

    Pengawasan Sungai / Kajian Kebersihan Sungai - Memastikan Juruteknik dan kakitangan seliaan menjalankan aktiviti persampelan air mentah di lembangan sungai yang telah ditetapkan. - Menentukan lokasi dan akses yang sesuai untuk kerja-kerja persampelan. - Mempraktikkan cara kerja yang selamat semasa kerja-kerja persampelan seperti penggunaan kon, jaket...


  • Kuantan, Pahang, Malaysia AirSelangor Full time

    Pengawasan Sungai / Kajian Kebersihan Sungai- Memastikan Juruteknik dan kakitangan seliaan menjalankan aktiviti persampelan air mentah di lembangan sungai yang telah ditetapkan.- Menentukan lokasi dan akses yang sesuai untuk kerja-kerja persampelan.- Mempraktikkan cara kerja yang selamat semasa kerja-kerja persampelan seperti penggunaan kon, jaket pantulan...