Dispatch - Bayan Lepas

5 days ago


Bayan Lepas, Malaysia Rentokil Initial Full time

Rentokil Initial adalah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan antarabangsa yang mempunyai lebih dari 66,000 rakan sekerja di 70 buah negara.

Kami berusaha untuk melindungi orang ramai dan meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik, contohnya dengan mengawal makhluk perosak dan meningkatkan mutu kebersihan.

Kami pakar dalam bidang kami dan melabur dalam latihan, sains, inovasi dan teknologi.

Mendengar dan bertindak di atas maklum balas adalah sebahagian daripada budaya kami untuk menyokong rakan sekerja dan pelanggan kami. Rentokil Initial menganggap kesetaraan dan keadilan adalah hak asasi semua rakan sekerjanya.

Kami terapkan nilai-nilai Perkhidmatan, Hubungan dan Kerja berpasukan yang kami telah tanam ke dalam diri rakan-rakan sekerja kami di seluruh dunia.

**Requirements**:
**_ Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:_**

**1) Mengurus penyelenggaraan & pematuhan kenderaan syarikat**
- Memantau dan mengikuti pemeriksaan PUSPAKOM dan pembaharuan cukai jalan untuk semua kenderaan syarikat.
- Menyelaras dan bertanggungjawab dalam penyerahan kenderaan syarikat untuk pemeriksaan PUSPAKOM mengikut jadual, termasuk mengatur lawatan bengkel pra-pemeriksaan.
- Memproses dan mendapatkan pembaharuan cukai jalan dengan segera selepas pemeriksaan PUSPAKOM berjaya.

**2) Logistik & Pengambilan**:

- Membuat penghantaran tisu ke pelbagai lokasi.
- Melaksanakan kutipan cek dan tunai dari tempat-tempat yang ditetapkan.

**3) Sokongan Operasi**:

- Memberi sokongan kepada penyelia dalam pelbagai tugas operasi harian, bagi memastikan kecekapan pasukan secara keseluruhan.

**_ SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI_**

**_
Calon yang ideal memiliki:_**
- Kelayakan pelajaran sekurang-kurangnya tahap SPM. Sijil SPM dan Sijil Tamat Sekolah versi asal (original) diperlukan untuk memohon jawatan ini.
- Warganegara Malaysia.
- Menepati masa dan mempunyai keperibadian yang baik
- Mempunyai lesen **B2, D Manual (Competent) & GDL**yang sah.
- Mempunyai rekod trafik dan kemahiran pemanduan yang baik.
- Arif tentang laluan perjalanan di Pulau Pinang.
- Menetap di kawasan berdekatan.

**_Sangat Diingini Jika Anda:_**
- Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
- Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
- Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
- Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.

**Benefits**:
**Ganjaran dan Faedah**
- Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
- Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan.
- Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital.
- Faedah rawatan pesakit luar.
- Faedah rawatan mata dan gigi.
- Caruman KWSP, PERKESO & SIP.
- Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
- Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).
- Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.

Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.

**Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG**

**Peluang Sama Rata**

Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini

Lokasi cawangan ini:
Rentokil Initial (M) Sdn Bhd.

No. 1, Jalan Sungai Tiram 7, Taman Perusahaan Nyaman Mutiara, 11900 Bayan Lepas, Penang.



  • Bayan Lepas, Malaysia Shopee Express - Bayan Lepas Full time

    **Hub **:Bayan Lepas Hub (Bayan Lepas Industrial Park) **Syarat-syarat** - Warganegara (Lelaki dan perempuan) - 18-50 tahun - LESEN: Van / Kereta (Lesen Aktif) - Tiada rekod jenayah - Ada phone Android + WiFi + GPS - Mempunyai TRANSPORT sendiri (kereta/van) - Sihat tubuh badan - Boleh membaca, menulis dan bertutur (at least BM) - Dispatcher Last Mile...


  • Bayan Lepas, Malaysia Fair Work (M) Sdn. Bhd. Full time

    URGENT HIRING - OPERATOR (BAYAN LEPAS)URGENT HIRING - FEMALE OPERATOR (BAYAN LEPAS) Job Details: Location: Renesas, Bayan Lepas Salary Breakdown: - Basic Salary:*RM1,700 - Attendance Allowance: RM150 - Night Shift Allowance: RM10 - Meal Allowance: RM2 ❌ No hostel or transport provided **Requirements**: ✔ Minimum qualification: PMR / SPM ✔ Able to...

  • Sales Consultant

    3 days ago


    Bayan Lepas, Malaysia Subaru Bayan Lepas Full time

    Subaru Bayan Lepas - Car Sales Consultant We are seeking an full time Sales Consultant to join our sales team. We require a person who is To Apply: -Reliable -Accurate -Flexible - Determined -Customer focused - Professional -Smart Appearance You will be joining a well established team in a support capacity. Monthly Income 月收入 RM3000 - RM8000 Subaru...

  • Customer Service

    5 days ago


    Bayan Lepas, Malaysia MBE BAYAN LEPAS Full time

    As a Retail Associate responsible to advise customer on the services available and which suite them the best. Build a good customer relationship and learn to up sell our products. Documentation skill, organised, and should be able to work independently as well as team work. Sales and marketing knowledge will be an added advantage. **Job Types**: Full-time,...


  • Bayan Lepas, Malaysia Shopee Express Malaysia Sdn Bhd Full time

    **Hub** : Bayan Lepas (Lintang Bayan Lepas 9, Bayan Lepas Industrial Park) **Tarikh Mula**: Boleh Mula Bila-Bila Masa! **Syarat-syarat** - Warganegara (Lelaki dan perempuan) - 18-60 tahun - LESEN: Van / Kereta (Lesen Aktif) - Tiada rekod jenayah - Ada phone Android + WiFi + GPS - Mempunyai KENDERAAN sendiri (kereta/van) - Sihat tubuh badan - Boleh membaca,...


  • Bayan Lepas, Malaysia Estetika Medispa Sdn Bhd Full time

    **JAWATAN KOSONG** **KEMASUKAN SEGERA !!** Kami mencari seorang Receptionist Sepenuh Masa di ESTIKA MEDISPA BAYAN LEPAS **Lokasi : Bayan Lepas** **Kriteria**: 1 Mempunyai pengalaman pengendalian kaunter khidmat pelanggan diutamakan 2 Berpewatakan menarik/ PERAMAH 3 Personaliti mesra dan boleh bekerja di hujung minggu 4 PEREMPUAN SAHAJA 5 Training...

  • Parcel Driver

    1 week ago


    Bayan Lepas, Malaysia IPLANNER LOGISTIC SDN BHD Full time

    Jawatan ni untuk parcel delivery - Registration ni hanya untuk seminggu sebelum masuk kerja. - Limit umur (18-50Tahun) - Android User *(Iphone user akan direject)* - Mempunyai Kenderaan Sendiri MOTOR/KERETA/ MPV/ VAN/ 1 ton lori (bonded) - Warga Malaysia sahaja, dengan lesen yang sah - Mampu menghantar lebih daripada 100 bungkusan sehari - Boleh...

  • Parcel Driver

    5 days ago


    Bayan Lepas, Malaysia IPLANNER LOGISTIC SDN BHD Full time

    Jawatan ni untuk parcel delivery - Registration ni hanya untuk seminggu sebelum masuk kerja. - Limit umur (18-50Tahun) - Android User *(Iphone user akan direject)* - Mempunyai Kenderaan Sendiri MOTOR/KERETA/ MPV/ VAN/ 1 ton lori (bonded) - Warga Malaysia sahaja, dengan lesen yang sah - Mampu menghantar lebih daripada 100 bungkusan sehari - Boleh...

  • Parcel Driver

    2 weeks ago


    Bayan Lepas, Malaysia IPLANNER LOGISTIC SDN BHD Full time

    Jawatan ni untuk parcel delivery - Limit Umur (18-50Tahun) - Warga Malaysia sahaja, dengan lesen yang sah. - Lesen L/P tidak diterima - Android User SAHAJA (Iphone user akan direject) - Mempunyai Kenderaan Sendiri MOTOR/KERETA/ MPV/ VAN/ 1 ton lori (bonded) - Mampu menghantar lebih daripada 100 bungkusan sehari - Boleh berkomunikasi dalam BM, Inggeris -...

  • Parcel Driver

    5 days ago


    Bayan Lepas, Malaysia IPLANNER LOGISTIC SDN BHD Full time

    Jawatan ni untuk parcel delivery - Registration ni hanya untuk seminggu sebelum masuk kerja. - Limit umur (18-60Tahun) - Android User *(Iphone user akan direject)* - Mempunyai Kenderaan Sendiri MOTOR/KERETA/ MPV/ VAN/ 1 ton lori (bonded) - Warga Malaysia sahaja, dengan lesen yang sah - Mampu menghantar lebih daripada 100 bungkusan sehari - Boleh...