Laundry Operator

2 days ago


Butterworth, Malaysia Rentokil Initial Full time

Kami sedang mencari Operator Dobi (Laundry Operator) yang bermotivasi dan dinamik untuk menyertai pasukan kami. Tanggungjawab anda adalah untuk memberi perkhidmatan berkaitan dengan bahagian ‘laundry’ seperti proses pembersihan alas kaki dan penjagaannya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan memberi anda gaji pokok yang menarik, peluang kerjaya, dan sebagainya. Anda juga akan diberi latihan produksepenuhnya dengan bantuan dan sokongan secara langsung dari Pengurus, Penyelia dan Pasukan di bahagian ‘Laundry’.

**Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk**:

- Mengendalikan mesin pencucian dan pengeringan serta menggulung karpet
- Memastikan kerja yang dilakukan mematuhi etika kerja iaitu dasar kualiti, kesihatan dan keselamatan.
- Bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk sentiasa belajar tugas baru yang diberikan
- Memastikan semua mesin berkeadaan baik
- Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
- Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.

**Requirements**:
**Calon yang ideal memiliki**:

- Kelayakan pelajaran tahap SPM atau setaraf
- Kewarganegaraan Malaysia, LELAKI, berumur antara 18 dan 35 tahun
- Mempunyai lesen kenderaan yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja
- Perlu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan
- Mampu mengendalikan forklift adalah satu kelebihan
- Bersedia untuk bekerja lebih masa
- Boleh bekerja berdiri
- Mampu untuk bekerja secara shift (7.30am-5.00pm & 4.30pm-1.00am)
- Berkebolehan menulis, membaca dan mengira

**Sangat Diingini Jika Anda**:

- Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan
- Memiliki kebolehan sebagai ‘Team Leader’
- Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat
- Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi

**Benefits**:
**Ganjaran dan Faedah**:

- Gaji pokok yang menarik (bergantung kepada prestasi anda)
- Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital
- Faedah rawatan pesakit luar
- Faedah rawatan mata dan gigi
- Caruman KWSP (13% daripada syer majikan. 16% apabila bekerja lebih dari 2 tahun) & SOCSO
- Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja

Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG

Peluang Sama Rata
Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dalam menyediakan peluang yang sama rata dan mengelak sebarang diskriminasi. Kami juga menekankan kepelbagaian tempat kerja dimana kami tegas tentang mewujudkan persekitaran inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, memegang kekuatan mereka, dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja mencapai potensi penuh mereka.

**Lokasi**:
Rentokil Initial (M) Sdn Bhd
**Branch**: Plot 23 (Building 1), Jalan Jelawat, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang



  • Butterworth, Malaysia Cleanpro Laundry Holdings Sdn Bhd Full time

    **Job Summary** The Outlet Operation Executive is responsible for supporting the overall operations of the self-service laundry business from the northern area. This role involves coordinating with various outlets, ensuring compliance with company standards, managing supply chains, and improving operational efficiency. This position is require to has a own...

  • Technician

    1 week ago


    Butterworth, Penang, Malaysia Billchem Sdn Bhd Full time 40,000 - 80,000 per year

    About usBILLCHEM was established by its founding members who are veterans in the chemical industry with accumulative experience of over 35 years. BILLCHEM operates from headquarter in Penang and has a nationwide outreach with sales and service representatives across Malaysia. BILLCHEM specializes in providing total chemical solutions for various industrial...

  • Chemist

    1 week ago


    Butterworth, Penang, Malaysia Billchem Sdn Bhd Full time 40,000 - 80,000 per year

    About usBILLCHEM was established by its founding members who are veterans in the chemical industry with accumulative experience of over 35 years. BILLCHEM operates from headquarter in Penang and has a nationwide outreach with sales and service representatives across Malaysia. BILLCHEM specializes in providing total chemical solutions for various industrial...

  • chargeman ao

    6 days ago


    Butterworth, Penang, Malaysia MCC Full time 60,000 - 120,000 per year

    A true global label solution provider, Multi-Color Corporation is one of the largest label companies in the world in the following market segments: Beverage, Wine & Spirits, Food & Dairy, Personal Care & Beauty, Home Care & Laundry, Healthcare, Durables & Technical and Automotive & Chemicals.With over 13,000+ dedicated employees, we operate 109 label...