Penolong Pegawai Operasi

5 days ago


Kuala Lumpur, Malaysia KOP SECURITY AGENCY SDN BHD Full time

1. Tugas utama Pen. Pegawai Operasi ialah mempastikan kualiti dan prestasi tugas pengawal-pengawalnya di sekitar lokasi-lokasi yang tertentu adalah baik dan memuaskan.

2. Bagi melaksanakan tanggungjawab di atas Pen.Pegawai Operasi haruslah melakukan tindakan-tindakan berikut:

- 2.1 **Kajian**

Membuat kajian ke atas semua lokasi-lokasi di mana pengawal-pengawal KOPS bertugas untuk mengetahui kelemahan-kelemahan yang terdapat di lokasi-lokasi ini khususnya dari aspek keperluan asas seperti:

- Kemudahan-kemudahan dan kelengkapan-kelengkapan bagi perlaksanaan keselamatan.
- Pondok-pondok pemeriksaan.
- Palang pemeriksaan di pintu keluar/masuk.
- Alat-alat logistik yang lain bagi menjamin perlaksaan tindakan keselamatan tidak terjejas.

2.2 Kajian ke atas pengawal-pengawal yang bertugas di lokasi-lokasi bagi mengetahui kelemahan-kelemahan pengawal-pengawal yang bermasalah seperti:

- Suka datang lewat.
- Suka absen.
- Suka meninggalkan tugas.
- Meninggalkan tugas sebelum ganti tiba.
- Suka tidur semasa bertugas.
- Tidak memakai uniform.
- Memakai uniform tetapi tidak lengkap seperti:

- Tidak memakai cota di pinggang.
- Tidak memakai lencana KOPS di bahu kiri baju seragam.
- Tidak membawa buku saku.
- Dan lain-lain kelemahan.

2.3 Lawatan ke lokasi-lokasi hendaklah berasaskan kepada keputusan kajian di atas. Ini bermakna, lawatan yang kerap dan di waktu-waktu yang tidak menentu hendaklah dibuat ke lokasi-lokasi yang bermasalah seperti dinyatakan di para 2.2 di atas.

3. **Tindakan Yang Perlu Diambil**
- Menandatangani buku lawatan di lokasi berkenaan dan mencatitkan butir-butir lawatan khususnya mengenai kelemahan yang didapati dan nasihat yang diberi kepada pengawal.
- Mencatitkan dalam Buku Ronda segala tindakan yang diambil dan tandatangani serta serah kepada Pegawai Operasi keesokannya.
- Anda dikehendakki membuat tugas pengawal jika keadaan memerlukan mengikut arahan Ketua Pegawai Operasi /Pengurus.
- Memberi khidmat nasihat kepada pengawal-pengawal secara diplomasi agar mereka mengekalkan khidmat dengan syarikat.
- Memberi kata-kata semangat kepada semua pengawal supaya menaikkan moral ke arah penugasan yang lebih berkualiti, dedikasi dan bersikap penuh tanggungjawab.
- Mendapatkan teguran-teguran pelanggan ke atas perkhidmatan dan cuba membaikinya.
- Mengambil tahu hal-hal kebajikan pengawal dan cuba mengatasi atau merujuk kepada Ketua Pegawai Operasi/Pengurus.
- Mencatatkan masalah-masalah semasa pengawal dari masa ke semasa dan memaklumkan ke pihak pentadbiran/Pegawai Operasi (jika tidak dapat diatasi).
- Membetul disiplin, anggota termasuk tatacara hormat menghormati pelanggan-pelanggan atau pegawai/staff syarikat.
- Mendapatkan anggota baru bilamana ada berlaku kekosongan serta berusaha mendapatkan pelanggan-pelanggan baru untuk KOPS.
- Menentukan pengawal bertugas memakai pakaian seragam dengan lengkap seperti menggunakan beret/songkok/cap, kasut hitam, tali pinggang, lencana lengan, wisel dan badge dipasang pada beret, cota dan buku saku.
- Memeriksa buku-buku point yang di tempatkan di kawasan-kawasan strategic bagi mempastikan pengawal ada melakukan rondaan/lawatan mengikut masa yang ditetapkan.
- Memeriksa daftar kehadiran anggota mengikut jadual seperti jam sampai bertugas dan jam habis bertugas.

**Salary**: From RM2,000.00 per month

Schedule:

- Day shift

Ability to commute/relocate:

- Kuala Lumpur: Reliably commute or planning to relocate before starting work (required)



  • Kuala Lumpur, Malaysia Ricca Services Full time

    Kami mencari individu yang dinamik, kreatif dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami sebagai Penolong Pegawai Penerangan. Kelayakkan: Minimum SPM/STPM/Diploma atau Ijazah. Boleh berkomunikasi dengan baik. Mempunyai inisiatif yang tinggi dan boleh berkerjasama dalam satu pasikan. Latihan sambil berkerja di sediakan. Gaji dan bonus lumayan. Pra...

  • Pegawai Operasi

    1 week ago


    Kuala Lumpur, Malaysia Delta Force Security Services & Consultancy Sdn Bhd Full time

    **Deskripsi Tugas**: - Tanggungjawab merangkumi semua tugas yang lazim dijalankan oleh seorang **Pegawai Operasi**, serta apa-apa tugasan lain yang mungkin diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa. - Bertindak sebagai **pegawai penghubung** antara pelanggan dan kontraktor. - Waktu bekerja adalah dari **7:00 pagi hingga 7:00 petang.** **Syarat...


  • Kuala Lumpur, Malaysia REALFORCE SECURITY SERVICES SDN BHD Full time

    Berusia antara 28-40 tahun - Pernah berpengalaman dalam syarikat sekuriti sebagai pegawai operasi. - Bekas pegawai tentera darat/polis amat digalakkan memohon dan ianya adalah satu kelebihan - Mempunyai kenderaan sendiri ( Motor/ Kereta) - Berpengalaman menguruskan jabatan operasi - Bertanggungjawab, bervisi, Amanah dan proaktif - Pakej gaji dan imbuhan yang...


  • Kuala Lumpur, Malaysia Telekom Malaysia Full time

    Bertanggungjawab untuk melaksanakan semua kerja-kerja berkaitan dengan pegemaskinian TM Digital Map yang merangkumi Basemap Update, Admin Update ( POI Geocoding, Update Street, Property, Building, Building Group, Multi Floor Address dan Multi Storey Address) bagi project HSBB seluruh Malaysia dan lain-lain Map Update Data yang diperlukan dari masa ke...


  • Kuala Terengganu, Malaysia KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU Full time

    **JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR** **(PEMASARAN)** **GRED JAWATAN : N29** **TARAF JAWATAN : KONTRAK/TETAP** **SYARAT LANTIKAN** Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: - a) Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Negeri Terengganu sahaja; b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;...

  • Pengurus Operasi

    5 days ago


    Kuala Lumpur, Malaysia Mestika Resources Sdn Bhd Full time

    **Objektif** - Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau operasi keselamatan secara menyeluruh merangkumi semua lokasi klien. Memastikan semua tugasan keselamatan dilaksanakan dengan cekap, memenuhi kehendak pelanggan, dan mematuhi prosedur serta piawaian syarikat dan undang-undang berkaitan. **Deskriptasi Kerja** - Menyelia dan mengurus...

  • Eksekutif Operasi

    1 week ago


    Kuala Lumpur, Malaysia SINAR JERNIH SDN BHD Full time

    Lokasi kerja: Menara Exxonmobil Deskripsi tugas: 1) Membantu Pengurus Kanan Operasi /pegawai operasi dalam melaksanakan tugas-tugas Ketua projek, operasi pembersiahn dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembersihan di operasi, pengurusan, keselamatan dan kesihatan pekerja. 2) Bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada raka-rakan sekerja dari...


  • Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. Full time 400,000 - 800,000 per year

    1) Penolong Pengurus Sumber ManusiaKami sedang mencari calon yang berdedikasi dan berwibawa untuk mengisi jawatan Penolong Pengurus Sumber Manusia di Andalusia yang akan memberi tumpuan khusus kepada pengurusan disiplin staf dan pelaksanaan program pembangunan latihan.Tanggungjawab Utama• Menyelia sistem pemfailan HR, rekod kehadiran, KPI dan data...

  • pengurus operasi

    3 days ago


    Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia Mestika Resources Sdn Bhd Full time 40,000 per year

    ObjektifBertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau operasi keselamatan secara menyeluruh merangkumi semua lokasi klien. Memastikan semua tugasan keselamatan dilaksanakan dengan cekap, memenuhi kehendak pelanggan, dan mematuhi prosedur serta piawaian syarikat dan undang-undang berkaitan.Deskriptasi KerjaMenyelia dan mengurus pelaksanaan operasi...


  • Kuala Lumpur, Malaysia SINAR JERNIH SDN BHD Full time

    Lokasi kerja: Menara Exxonmobil, KLCC Deskripsi tugas: 1) Membantu Pengurus Kanan Operasi /pegawai operasi dalam melaksanakan tugas-tugas Ketua projek, operasi pembersiahn dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembersihan di operasi, pengurusan, keselamatan dan kesihatan pekerja. 2) Bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada rakan-rakan...