Pencipta Kandungan

3 days ago


Klang, Malaysia Easyspad Sdn Bhd Full time

**Tentang Kami**:
Kami adalah syarikat media yang sedang berkembang pesat, pakar dalam kandungan _live-selling_ dan promosi digital untuk pelbagai jenama. Kami menghasilkan video menarik dan berimpak tinggi — terutamanya di platform seperti TikTok dan Shopee Live — untuk membantu klien kami mencapai lebih banyak trafik dan jualan.

**Peranan Anda**:
Sebagai **TikTok Video Creator & Talent**, anda bukan sahaja akan berada di hadapan kamera, tetapi juga akan memainkan peranan penting dalam mencipta kandungan yang mampu menarik perhatian dan mengikut trend semasa. Tugas anda merangkumi:

- Menulis skrip ringkas yang padat, menarik, dan sesuai untuk promosi produk
- Menjadi hos/on-screen talent dalam video rakaman atau siaran langsung
- Mencipta kandungan TikTok yang engaging dan mampu mendorong jualan
- Menghasilkan idea kandungan baru berdasarkan trend, musim, dan produk terkini

**Apa yang Kami Cari**:

- Selesa dan yakin bercakap di hadapan kamera
- Kreatif, pantas, dan tahu bagaimana tarik perhatian penonton
- Minat dalam penciptaan kandungan dan pemasaran digital
- Pengalaman menggunakan TikTok atau platform media sosial lain adalah satu kelebihan
- Fasih dalam Bahasa Melayu

**Kenapa Sertai Kami?**
- Sertai pasukan muda, kreatif, dan bertenaga
- Peluang berkembang bersama syarikat media yang sedang meningkat naik
- Pendedahan secara langsung dalam dunia live-selling dan pemasaran digital

**Job Types**: Full-time, Permanent, Fresh graduate

Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month

**Benefits**:

- Free parking
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Professional development

Schedule:

- Day shift
- Fixed shift

Supplemental Pay:

- Yearly bonus

Work Location: In person