Guru Al-quran
2 weeks ago
**Pengenalan Syarikat**
EzQuran Centre merupakan pusat pembelajaran Al-Quran yang komited membantu masyarakat mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran secara bertajwid, tahsin, tadabbur dan bersanad. Kami menekankan kaedah pengajaran yang sistematik, mesra pelajar, dan berpandukan sanad yang sahih.
**Ringkasan Tugas**
Guru Al-Quran Bersanad bertanggungjawab mengajar, membimbing, dan memastikan pelajar menguasai bacaan Al-Quran dengan kaedah yang betul serta sanad yang bersambung hingga kepada Rasulullah SAW.
**Tanggungjawab Utama**
- Mengajar Al-Quran secara **bersemuka atau online**:
- Menyampaikan sanad bacaan yang sahih kepada pelajar yang layak.
- Menilai prestasi bacaan pelajar dan memberikan maklum balas yang membina.
- Menyediakan rancangan pengajaran mengikut tahap dan kemampuan pelajar.
- Memastikan suasana pembelajaran yang kondusif, beradab, dan berakhlak.
- Menghadiri mesyuarat, latihan, atau kursus peningkatan kemahiran anjuran pusat.
- Menggalakkan minat pelajar terhadap pembacaan dan penghayatan Al-Quran.
**Syarat Kelayakan**
- Mempunyai **sanad bacaan Al-Quran** yang sahih dan diiktiraf diutamakan
- Berpengalaman mengajar Al-Quran sekurang-kurangnya 1
- Berakhlak mulia, sabar, dan mampu mendidik dengan hikmah.
- Mampu mengajar secara individu dan berkumpulan.
- Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Inggeris.
**Kelebihan (Jika Ada)**
- Pengalaman mengajar pelbagai peringkat umur.
- Memiliki sijil pengiktirafan pengajaran Al-Quran.
**Faedah & Ganjaran**
- Latihan & pembangunan profesional disediakan.
- Suasana kerja yang positif dan berteraskan ukhuwah Islamiah.
Pay: From RM1,700.00 per month
**Benefits**:
- Free parking
- Opportunities for promotion
- Professional development
- Work from home
Work Location: In person