Current jobs related to Pengurus Besar - Petaling Jaya - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

  • Pruventure Manager

    5 days ago


    Petaling Jaya, Malaysia DMK SYNERGY CONSULTANCY Full time

    **KEPERLUAN**: - Sekarang merupakan seorang pengurus atau setaraf - Umur 25-45 tahun - Income sekarang minimum RM 6,000 - Sekurang-kurangnya Diploma dalam apa jua bidang - Memiliki minat dalam perniagaan (minat berniaga) - Mempunyai pengangkutan sendiri - Penampilan yang baik - Mempunyai semangat tinggi untuk berjaya - Mempunyai impian dan cita-cita besar -...


  • Petaling Jaya, Malaysia NAWWARAH TRAVEL & TOURS SDN BHD Full time

    IKLAN JAWATAN KOSONG: EKSEKUTIF JUALAN DAN PEMASARAN Syarikat: Nawwarah Travel & Tours Sdn. Bhd. Lokasi: Pejabat Cawangan Kota Damansara, Selangor Jenis Jawatan: Sepenuh Masa Ringkasan Jawatan Nawwarah Travel sedang mencari seorang Eksekutif Jualan dan Pemasaran yang berwawasan tinggi, proaktif, dan didorong oleh hasil (result-driven) untuk menyertai pasukan...

Pengurus Besar

2 weeks ago


Petaling Jaya, Malaysia Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Full time

**Kelayakan / Pengalaman**
- Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang Syariah / Ekonomi Islam / Kewangan Islam / Syariah Muamalat yang merangkumi Pengajian Usul dan Fiqh serta berpengalaman 7 tahun di peringkat pengurusan.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan sentiasa mematuhi dasar etika yang tinggi serta menjaga kepatuhan terhadap prinsip-prinsip Syariah dalam semua aspek perniagaan.
- Memiliki pemahaman yang mendalam tentang hukum syariah, prinsip-prinsip ekonomi Islam, kewangan Islam, prinsip-prinsip perbankan Islam, takaful dan instrumen kewangan.

**Bidang Tugas**
- Bertanggungjawab dalam urusan-urusan yang melibatkan tugasan dan fungsi berkaitan Seksyen Pematuhan Syariah, Seksyen Pengurusan dan Pembangunan Zakat, Pusat Jagaan Darul Sakinah serta fungsi lain dari semasa ke semasa serta menyediakan kertas cadangan serta laporan-laporan berkaitan.
- Bertindak sebagai Setiausaha Kerja kepada Jawatankuasa Syariah ANGKASA, penama kepada semua Majlis Agama Islam Negeri / Lembaga Zakat Negeri dan pengendali berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Agensi Kerajaan yang lain kepada Pusat Jagaan Darul Sakinah.
- Mengurus dan melaksanakan semua peruntukan perundangan dengan pihak luar yang mempunyai kaitan dengan Seksyen Pematuhan Syariah, Seksyen Pengurusan dan Pembangunan Zakat serta Pusat Jagaan Darul Sakinah seperti Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri / Lembaga Zakat Negeri dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain.
- Mengurus dan melaksanakan pembangunan projek-projek khas serta berkeupayaan untuk memberikan cadangan hukum secara Fiqhiyyah terhadap isu-isu Syariah dan Zakat selaras dengan perkembangan pengurusan dan perniagaan ANGKASA, Anak-Anak Syarikat dan Gerakan koperasi.