Signboard Installer
1 week ago
**Selamat datang ke Ucetak, penyelesaian percetakan sehenti anda.**
Dengan pengalaman dalam industri percetakan sejak tahun 2011, kami telah berkembang menjadi pembekal utama pelbagai produk cetakan seperti t-shirt, kiosk, baju hari keluarga, mug, lencana butang, kad ID, pelekat, dan barangan korporat lain. Matlamat kami di Ucetak adalah untuk menawarkan penyelesaian percetakan yang **berkualiti tinggi, pantas dan pada harga berpatutan**. Sama ada anda memerlukan tempahan pukal atau kuantiti yang lebih kecil, kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik. Hari ini, kami telah mewujudkan hubungan perniagaan di seluruh Malaysia dan menikmati reputasi kukuh sebagai pembekal dipercayai bagi produk percetakan.
Kami sedang mencari individu yang **berdisiplin, mahir, dan profesional** untuk menyertai pasukan kami dalam bidang pemasangan **LED signboard** serta kerja-kerja berkaitan wiring dan aircond.
**TUGAS & TANGGUNGJAWAB**:
- Memasang **LED signboard**.
- Memasang signboard bersaiz kecil hingga sederhana.
- Melaksanakan kerja **penyelenggaraan & baik pulih signboard**.
- Melakukan perjalanan ke tapak projek menggunakan van syarikat.
- Bekerja bersama seorang **helper** (freelance / staff bengkel).
- Membantu bahagian **produksi signboard** sebagai helper bila diperlukan.
**KELAYAKAN & KEMAHIRAN DIPERLUKAN**:
- Mahir dalam kerja **wiring** asas dan pemasangan elektrik.
- Berpengalaman mengendalikan **powertools** (drill, grinder, dsb.).
- Boleh bekerja di tempat tinggi menggunakan tangga.
- Pengalaman memasang **aircond compressor** adalah satu kelebihan.
- Berdisiplin, rajin dan mampu mengikut arahan.
- Menitikberatkan **kualiti kerja** & hasil yang kemas.
- Boleh bekerja dalam pasukan dengan sikap positif.
**Job Types**: Full-time, Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM2,900.00 per month
**Benefits**:
- Professional development
Work Location: In person