Pengawal Keselamatan
2 weeks ago
**DESKRIPSI TUGAS**
- Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP yang mengunjungi bangunan dan pejabat KWSP.
- Melaporkan sebarang kejadian yang melanggar peraturan KWSP mengikut saluran tertentu dan menjalankan penyiasatan sewajarnya.
- Menjalankan tugas dengan penuh berhemah dan sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati tetapi hendaklah bertindak cepat dan cergas apabila berlaku kejadian yang melanggar Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP.
- Memantau sistem akses bangunan selepas waktu pejabat.
- Bersedia melaksanakan segala tugas yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
- Bertugas di penempatan yang ditetapkan oleh Penyelia Keselamatan.
- Bersedia untuk bertugas lebih masa apabila diarahkan oleh Penyelia Keselamatan.
- Bersedia untuk bertugas di mana-mana Bangunan KWSP atau mana-mana tempat yang diarahkan oleh pihak Pengurusan.
**SYARAT KELAYAKAN**
- Warganegara Malaysia.
- Berumur di antara 19 hingga 30 tahun.
- Memiliki sekurang-kurangnya kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
- Lulus dalam sekurang-kurangnya enam (6) subjek teras pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
- Merupakan bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan serta telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun dengan rekod perkhidmatan yang baik.
- Calon yang mempunyai sijil tamat latihan Kursus Asas Polis Bantuan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) akan diberi keutamaan.
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
- Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah atau dadah.
- Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti berikut:
- **Lelaki**_
- Ketinggian minimum (tidak berkasut): 165 cm
- Berat badan minimum: 50 kg
- Ukuran dada: Sekurang-kurangnya 81cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)
- Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): Antara 19 hingga 25
- Lulus ujian bagi mata kiri dan Kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (_contact lens_)
- Tidak buta warna.
- **Wanita**_
- Ketinggian minimum (tidak berkasut): 163 cm
- Berat badan minimum: 48 kg
- Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): Antara 19 hingga 25
- Lulus ujian bagi mata kiri dan Kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (_contact lens_)
- Tidak buta warna.
**PENEMPATAN**
- Cawangan KWSP di Kota Kinabalu
- Cawangan KWSP di Kuching
Semua permohonan adalah **SULIT** dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ke sesi temu duga. Permohonan dianggap **TIDAK BERJAYA** sekiranya tiada maklum balas daripada pihak KWSP selama **2 BULAN** selepas tarikh tutup iklan.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
**Benefits**:
- Dental insurance
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
Schedule:
- Monday to Friday
- Rotational shift
Supplemental Pay:
- Yearly bonus
Work Location: In person
Application Deadline: 07/04/2025
-
Pengawal Keselamatan
2 days ago
Kuching, Malaysia SECURIDO GUARD SERVICES SDN BHD Full timeTugas & Tanggungjawab; 1. Mengawal lalu lintas kenderaan di premis pelanggan. 2. Membuat rondaan dan laporan bertulis secara berkala. 3. Memastikan keselamatan dan harta benda pelanggan dijaga. 4. Berpakaian lengkap beruniform semasa bertugas. Syarat Kelayakan; 1. Warganegara Malaysia 2. Berumur 20 tahun - 55 tahun 3. Sihat tubuh badan mental &...
-
Polis Bantuan
1 week ago
Kuching, Malaysia CCA ENGINEERING SDN BHD Full timeTugas & Tanggungjawab - Bertanggungjawab untuk melindungi harta, aset dan kakitangan syarikat dengan mengekalkan persekitaran yang selamat dan terjamin. - Mengawal premis secara berkala untuk mencegah dan mengesan tanda-tanda pencerobohan. - Merekodkan laporan aktiviti harian dan kejadian yang mencurigakan, seperti kerosakan peralatan atau harta benda,...