Eksekutif Junior Ar-rahnu
2 weeks ago
**Koperasi Tentera akan membuka cawangan baharu Ar-Rahnu di Jerteh, Terengganu pada suku pertama 2025. Justeru, jawatan ini terbuka kepada calon yang berpengalaman di dalam penilaian barang kemas.**
**JAWATAN : EKSEKUTIF JUNIOR AR-RAHNU (JERTEH, TERENGGANU)**
**Tugas Utama**
- Menerima, mengenalpasti dan menyemak maklumat pelanggan.
- Menguji setiap barang kemas emas melalui ujian pengesahan mutu marhun menggunakan alatan pengujian.
- Memasukkan maklumat pelanggan ke dalam Sistem Ar Rahnu.
- Mencetak dan menyemak Surat Akuan Gadaian (SAG) dengan maklumat gadaian adalah tepat dan betul seperti mana pengenalan diri dan kuantiti barang kemas emas yang hendak digadai.
- Menyusun, mengatur dan menyerahkan sampul barang kemas kepada Penyelia untuk diperiksa dan disahkan.
- Membantu Ketua Cawangan di dalam aktiviti pemasaran dan jualan produk Ar-RahnuKT dan produk KT yang lain dari semasa ke semasa
**Syarat Kelayakan**
- Memiliki Diploma/ Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang Ar-Rahnu.
- Mahir menggunakan sistem Ar-Rahnu.
- Berpengetahuan menggunakan aplikasi Microsoft Office (Word, Excel & PowerPoint).
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
- Boleh melaksanakan tugas yang pelbagai (multi-tasking) dan boleh bertugas di bawah pengawasan yang mínima.
- Berupaya untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
Pay: From RM2,400.00 per month
**Benefits**:
- Health insurance
- Maternity leave
Schedule:
- Monday to Friday
Supplemental Pay:
- Overtime pay
- Performance bonus
**Experience**:
- Ar-Rahnu: 2 years (required)
Application Deadline: 12/18/2024
Expected Start Date: 02/01/2025